Pakar dari WHO bagi amaran, separuh benua Eropah bakal diserang Omicron

Pakar dari WHO bagi amaran, separuh benua Eropah bakal diserang Omicron. Dalam masa enam hingga lapan minggu lagi, separuh daripada benua Eropah akan dijangkiti varian Omicron COVID-19.

Demikian amaran diberikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan mengambil kira ramalan aliran semasa lonjakan varian baharu COVID-19.

Pengarah WHO Eropah Dr Hans Kluge berkata, gelombang Omicron landa barat hingga timur Eropah beberapa minggu lalu.

Pakar dari WHO bagi amaran, separuh benua Eropah bakal diserang Omicron

Malah ia diburukkan dengan situasi sedia ada iaitu lonjakan varian Delta.

Menurut Dr Hans, 7 juta kes baharu dilaporkan di Eropah pada minggu pertama 2022.

Jumlah jangkitan pula naik dua kali ganda dalam tempoh dua minggu.

Pakar dari WHO bagi amaran, separuh benua Eropah bakal diserang Omicron

Menurutnya, Eropah dan Asia Tengah kini dalam tekanan ketika mana virus itu merebak daripada negara Barat ke Balkan.

Kajian terbaharu mendedahkan Omicron memberi kesan minimum untuk jatuh sakit berbanding varian sebelumnya.

Bagaimanapun, ia lebih mudah menular dan berjangkit sekali pun individu itu sudah lengkap vaksinasi.

BACA JUGA :
100 tahun dalam status penyelidikan, akhirnya vaksin Malaria diluluskan WHO
WHO mula sangsi kemampuan vaksin Covid-19 untuk tamatkan pandemik
Coronavirus baharu bernama ‘Mu’ kini dalam pemantauan WHO

Artikel ini disiarkan pada 13/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)