Pahang sedia buka sektor pelancongan awal bulan depan

Pahang

Pahang sedia buka sektor pelancongan awal bulan depan.Sektor pelancongan di Pahang yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sudah sedia dibuka secara berperingkat bermula awal bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, sebagai permulaan gelembung pelancongan akan dimulakan di Bukit Fraser sebelum disusuli Pulau Tioman.

“Macam di Bukit Fraser semua pemain industri dan penduduk kawasan berkenaan dijangka selesai menerima dos kedua vaksin Covid-19 masing-masing hari ini.

“Begitu juga di Pulau Tioman, mereka juga dijadualkan menerima vaksin (dos kedua) bermula 27 Julai ini, maknanya mereka juga boleh membuka (sektor pelancongan) selepas itu dengan prosedur operasi standard SOP yang akan dimuktamadkan kerajaan negeri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya selepas melancarkan perkhidmatan bas percuma sempena perasmian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lanchang, di sini, hari ini.

Pahang

Mohd Sharkar berkata, semua SOP membabitkan pembukaan sektor pelancongan di Bukit Fraser dan Pulau Tioman akan digunakan sebagai rujukan bagi pembukaan sektor pelancongan di lokasi lain.

Katanya, pembukaan semula sektor pelancongan adalah melalui gelembung pelancongan seperti disarankan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) bagi memastikan semua pemain industri pelancongan dapat terus beroperasi.

“Proses pembukaan (sektor pelancongan) ini akan disusuli kawasan lain seperti Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Taman Negara Kuala Tahan dan Taman Negeri yang lain.

“Kita melihat perkara ini sangat penting bagi memastikan kelangsungan pemain industri pelancongan yang terjejas teruk sejak pandemik Covid-19 melanda negara,” ujarnya.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/07/24/pahang-sedia-buka-sektor-pelancongan/

jika Terlepas: SPRM akan siasat ahli politik kerajaan atau pembangkang