Padah pukul perempuan, penyanyi terkenal ditahan polis

Padah pukul perempuan, penyanyi terkenal ditahan polis. Seorang penyanyi ditahan hari ini selepas dipercayai memukul bekas isterinya dalam kejadian di kawasan rumah lelaki itu di Kota Damansara, di sini.

Penahanan itu dibuat selepas pihak polis menerima laporan daripada mangsa berusia 27 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada suspek di kawasan parkir rumah pada 2.29 petang.

Bagaimanapun menurut beliau, berlaku perselisihan faham kerana mangsa enggan bergambar bersama lelaki terbabit.

Padah pukul perempuan, penyanyi terkenal ditahan polis

“Suspek berusia 45 tahun itu kemudian memarahi dan memukul badan pengadu menyebabkan kesan lebam dan sakit pada anggota badan mangsa.

“Susulan itu, lelaki itu ditahan di kediamannya hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan reman.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017,” katanya.- UTUSAN

TONTON:

BACA:

KWSP khas belum masuk? Ini jaminan menteri kewangan

Honda HR-V versi baru jadi kegilaan orang ramai, tiba Malaysia dalam masa terdekat

Air mata Shuib mengalir lagi, kenang beraya dalam keadaan miskin dengan Sarah