Padah Jeneral derhaka dengan pemimpin Korea Utara, sekali kena campak dalam kolam Piranha

Padah Jeneral derhaka dengan pemimpin Korea Utara, sekali kena campak dalam kolam Piranha. Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un didakwa pernah membunuh seorang jeneral tentera dengan mencampakkannya ke dalam sebuah tangki air yang dipenuhi dengan ikan piranha.

Tindakan itu merupakan satu daripada kaedah kejam digunakan oleh pemimpin tersebut untuk membunuh individu yang menderhaka kepadanya sejak beliau memegang tampuk pentadbiran pada 2011.

Kaedah lain termasuk menembak pegawai sehingga badannya berkecai menggunakan pistol antikereta kebal serta menggantung dan membakar seorang banduan sehingga mati dengan penyembur api.

Memetik laporan Daily Star, Jong-un membina tangki gergasi itu di dalam Kediaman Ryongsong, satu daripada kediamannya.

Laporan itu mendakwa bahagian tangan dan tubuh badan mangsa ditetak dengan pisau sebelum dicampakkan ke dalam tangki dipenuhi dengan ratusan ikan piranha yang didatangkan khas dari Brazil.

Ada pihak percaya Jong-un mendapat idea kaedah bunuh guna ikan piranha dari siri filem James Bond: The Spy Who Loved Me yang menyaksikan aktor Karl Stromberg yang memegang watak antagonis membunuh musuhnya dengan mencampakkan mereka ke dalam akuarium dipenuhi ikan jerung.

Padah Jeneral derhaka dengan pemimpin Korea Utara, sekali kena campak dalam kolam Piranha

Jeneral itu merupakan antara sekurang-kurangnya 16 pembantu kanan yang dibunuh termasuk ketua tenteranya serta duta ke Cuba dan Malaysia.

Timbalan Menteri Keselamatan Awam, O Sang-hon didakwa terbunuh dalam ‘penyingkiran politik’ pada 2014.

Menurut sumber yang dipetik oleh akhbar The Chosun Ilbo, Sang-hon dibunuh dengan menggunakan penyembur api kerana menyokong bapa saudara Jong-un iaitu Jan Song-thaek.

Song-thaek dihukum mati pada 2014 atas tuduhan cuba menggulingkan rejim Komunis menerusi rampasan kuasa yang disokong tentera.

Berdasarkan laporan agensi berita Yonhap yang memetik sumber pada ketika itu, semua ahli keluarga Song-thaek termasuk kanak-kanak turut dibunuh.

BACA:

Kambing peliharaan gadis ini jadi tumpuan, “minta tidur atas riba je, manja sangat”

Gara-gara raya terkejut, tuan rumah sediakan duit syiling untuk tetamu satu tong

Nik Amar dedah air di Kelantan terlalu banyak, cuma tak ada tempat nak simpan

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Padah Jeneral derhaka dengan pemimpin Korea Utara, sekali kena campak dalam kolam Piranha […]

  • […] Padah Jeneral derhaka dengan pemimpin Korea Utara, sekali kena campak dalam kolam Piranha […]