Padah gurau pasal muka Bilal, Neelofa ketuk Nabil pakai microfon. Set program MeleTOP bertukar meriah selepas pengacara asalnya, Neelofa menjadi tetamu sekali gus bertemu dengan hos tetap Nabil Ahmad yang disiarkan secara langsung di Astro Ria, pada malam Selasa.
Tidak berseorangan, selebriti popular berusia 33 tahun itu hadir bersama suaminya Haris Ismail bagi menceritakan mengenai sambutan Aidilfitri bagi tahun ini.
Menerusi salah satu segmen, Neelofa dan Haris bersama pasangan penyanyi Ernie Zakri serta Syamel menjayakan ‘game’ menyiapkan bayi masing-masing dengan menggunakan anak patung yang disediakan.
Namun, gurauan Nabil yang bertindak menutup wajah ‘anak’ pasangan selebriti tersebut iaitu Muhammad Bilal dengan tisu basah sambil mengatakan ‘belum bersedia’ (didedahkan) mengundang ketawa orang ramai.
“Minta maaf, Bilal belum ready. Tak boleh dedahkan muka. Kami minta maaf,” gurau Nabil sehingga tangannya diketuk menggunakan mikrofon oleh Neelofa.
Sementara itu, bercerita mengenai duit raya berjumlah RM14,000 diterima Bilal, Neelofa berkata pada mulanya dia dan suami mahu membuka akaun simpanan untuk anak mereka.
“Kami tak perasan, nak buka akaun bank. Kira-kira, alhamdulillah. Yang datang pula kenalan ibu, saudara mara dari Kelantan dan Besut yang kirimkan. Rezeki,” katanya.
Terdahulu, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan cahaya mata lelaki pada 29 Januari lalu yang belum didedahkan wajahnya kepada umum.
View this post on Instagram
baca:
Kecoh lelaki mengamuk SENHENG jual hp second, syarikat tampil jawab isu sebenar
Kerana seorang wanita misteri ini, satu Cyberjaya dalam ketakutan!