Padah bayar gaji pekerja guna syiling 5 sen

Padah bayar gaji pekerja guna syiling 5 sen

Padah bayar gaji pekerja guna syiling 5 sen. Tindakan pengusaha kilang di Valenzuela City membayar gaji pekerjanya dalam bentuk syiling, selain melanggar peraturan buruh hanya mengundang padah apabila digantung permit selama 15 hari.

Kilang itu juga berdepan hukuman lebih berat selepas disiasat susulan aduan pekerjanya mengenai ketidakdilan pengurusan dan pengabaian kebajikan mereka.

Pekerja kilang itu, Russel Manoza membuat laporan mengenai layanan diterima termasuk dibayar gaji 1,056 peso (RM89.30) dalam bentuk syiling lima dan 10 sen.

Pihak berkuasa tempatan diketuai Datuk Bandar Rex Gatchalian bertemu pengurusan kilang itu, Jasper Cheng So dan Manoza pada 30 Jun lalu.

So turut diarah meminta maaf kepada Manoza kerana memarahinya sebaik mengetahui lelaki itu membuat aduan berkenaan.

Menurut Manoza, So memintanya hadir di kilang untuk menerima gaji terakhir selepas dipecat, namun apa yang dia terima adalah segunung syiling.

So pula mendakwa terdapat salah faham kerana syiling berkenaan sepatutnya mahu diserahkan kepada gereja di Malabon.

Bagaimanapun, Gatchalian tidak menerima alasan So dan percaya syiling itu memang sengaja diberikan kepada Manoza sebagai membalas tindakan lelaki terbabit membuat aduan.

Berdasarkan rekod Pejabat Perhubungan Pekerja, Manoza layak menerima gaji 55,614.93 peso (RM4703.12) susulan pemecatan yang tidak sah serta gaji tidak berbayar termasuk kerja lebih masa dan kerja pada perayaan yang bermula April hingga Ogos 2019 dan Mei 23 hingga 23 Jun tahun ini.

Dakwa Manoza dia dan pekerja lain tidak menerima elaun kerja malam dan manfaat kesihatan, sistem keselamatan sosial serta dana Pag-IBIG.

Gatchalian berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan Manoza itu dan memberi amaran kepada kilang berkenaan yang turut disiasat Jabatan Pekerjaan dan Buruh Filipina.

Berita penuh :https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/726960/bayar-gaji-dalam-syiling

jika Anda terlepas: Panas !!! Keluar kerajaan PN, ini jawapan Khairy