Ozlynn kongsi kisah sebak tutup aurat, hati terbuka masa buat Haji

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Sering disoal mengenai menutup aurat sebelum mengerjakan haji, Ozlynn bagaimanapun tidak cepat melatah malah gembira dikurniakan suami memahami.

Isteri kepada pelawak dan pelakon Johan, mengakui dirinya pernah mengenakan tudung satu ketika dahulu bagi mengelakkan dirinya diganggu peminat.

Dalam satu temu bual dengan Mingguan Wanita, Ozlynn Wati atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail

mengakui sering menerima pujian oleh suami apabila keluar dengan menutup aurat.

Pada masa sama Ozlynn memaklumkan suaminya menasihatinya untuk menutup aurat kerana Allah SWT dan bukan kerananya.

Ozlynn kongsi kisah sebak tutup aurat, hati terbuka masa buat Haji

“Dia (Johan) selalu cakap macam ni, buatlah kerana Allah SWT dan bukan sebab dia. Katanya dia takut kalau saya bertudung sebab dia nanti satu hari saya kecewa.

“Jadi dia suruh saya buat (menutup aurat) kerana Allah barulah saya selamat dunia akhirat. Jadi bila balik tu saya cakap saya tak ada tudung proper jadi saya sarung sahaja shawl.

“Saya cakap dekat dia mulai daripada hari ini, aurat saya hanya untuk dia sahaja. Itu tanda kasih sayang Allah untuk saya dan keluarga.

“Saya tertanya apa kebaikan saya pernah buat dekat Tuhan, sampai Allah bagi keistimewaan sepanjang saya masa Haji, segala urusan saya dipermudah,” ujarnya dalam TikTok Mingguan Wanita.

Pada masa sama Ozlynn memaklumkan dia sebelum ini pernah mengenakan tudung dan pelitup muka ketika keluar sebelum bertudung sepenuhnya.

“Sedangkan dari dulu lagi, setiap kali saya keluar seorang diri, kadang-kadan pakai tudung dengan pelitup muka jadi orang tak kacau bila kita keluar membeli-belah.

“Kadang-kadang saya pakai niqab jadi Johan akan selalu puji sejuknya, cantiknya isteri saya, kalau ni dah lengkap dah jadi ssaya tahu suami selalu doakan saya,” tambahnya.

Baca juga: Perwakilan Pemuda Pas dari Kelantan dakwa DAP punca bala lubang benam Kuala Lumpur