Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan orang ramai kini sudah menganggap bahawa Dewan Rakyat telah dicemari dengan amalan korupsi politik.
Menurut beliau, masyarakat berasakan bahawa institusi tersebut kini sudah dipengaruhi dan dimanipulasi untuk kepentingan pihak tertentu dan tidak lagi dijadikan sebagai tempat untuk mendengar masalah.
“Mereka juga berasakan ia adalah cara untuk memperkaya beberapa orang sahaja sementara orang ramai keciciran. Orang ramai percaya bahawa Dewan Rakyat kini dilanda kekotoran korupsi politik,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih dan titah diraja pada sidang Dewan Rakyat pada Selasa.
AKAN MENYUSUL
Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/162618/BERITA/Nasional/Dewan-Rakyat-dilanda-korupsi-politik