Orang ramai puas hati tengok kereta pengiring VIP kena hon, habis sesak jalan

Orang ramai puas hati tengok kereta pengiring VIP kena hon, habis sesak jalan. Tular sebuah video pengguna jalan raya yang berang kerana diminta untuk berhenti di tengah-tengah jalan bagi memberi laluan kepada sekumpulan kereta pengiring yang membawa seorang individu penting.

Video pendek ini pertama kali dimuat naik di TikTok oleh @anakayamkaki2 sebelum diciap pula di Twitter oleh @datukhensem. Sejak dimuat naik, ia telah mendapat perhatian ramai terutamanya netizen yang banyak menggunakan jalan raya.

Di dalam video tersebut, kelihatan beberapa penunggang motosikal diberhentikan ditengah-tengah jalan oleh pihak berkuasa. Tidak lama selepas itu, kelihatan kereta pengiring yang difahamkan membawa individu penting.

Baca Artikel Penuh