Orang politik yang jahanamkan Tabung Haji – Anwar

Orang politik yang jahanamkan Tabung Haji – Anwar

Orang politik yang jahanamkan Tabung Haji .Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) pincang kerana campur tangan orang politik yang mempunyai kepentingan peribadi.

Presiden PKR itu berpendapat Lembaga TH itu perlu dikemudi oleh individu yang bebas daripada kawalan mana-mana parti politik.

“Mustahil tidak ada orang yang layak mengurus TH dalam kalangan jutaan orang Islam. Tiadakah yang boleh urus dengan baik tanpa campur tangan politik?” katanya pada sidang media di Facebook.

“Yang menjadi jahanam institusi ini campur tangan orang politik. Keluarkan orang politik daripada pengurusan TH, selamatkan wang rakyat,” tambahnya.

Beliau berkata, tindakan segera perlu diambil jika Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mendapati berlakunya salah urus dalam pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji.

politik

Kerajaan pada 14 Julai bersetuju untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat isu berbangkit, merangkumi hasil pengauditan perunding seperti PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY), dan Roland Berger dari 2014 hingga 2020.

“Kalau ada yang salah berdasarkan beberapa laporan polis, ambil tindakan. Tetapi lantik pengurus yang mampu kendalikan dengan baik,” kata Anwar.

“Ini sesetengah orang yang cakap bergegar-gegar soal pertahan hak Islam dan marah kalau wang TH disalah guna dan sekarang pun kelu membisu.”

Anwar bagaimanapun tidak bersetuju dengan langkah meletakkan TH di bawah kawal selia BNM kerana bank pusat itu bertanggungjawab mengurus sistem kewangan, sedangkan TH mengurus dana orang Islam untuk mengerjakan haji.

Kerajaan pada 18 Julai bersetuju untuk menyenaraikan TH sebagai institusi kewangan Islam di bawah Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan komited mengangkat TH sebagai “syarikat pelaburan berkaitan kerajaan” di peringkat global.

Tambahnya, pendekatan yang sama telah diguna pakai dalam mengawal selia institusi kewangan pembangunan seperti Bank Simpanan Nasional dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

“Oleh yang demikian, cadangan rangka kerja pengawalseliaan oleh BNM ke atas TH akan disesuaikan berdasarkan ciri-ciri dan risiko model perniagaannya, iaitu ‘fit-for-purpose regulation’, tidak semestinya sama dengan institusi perbankan lain,” kata Tengku Zafrul.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/22/th-jahanam-kerana-orang-politik-anwar-juga-tak-setuju-kawal-selia-bnm/

Jika Terlepas: Kenapa berniaga vaksin Sinovac?, soal Rafidah Aziz