Orang Pas sebenarnya tak sayang orang Islam, Kak Wan orang Islam tapi nak tanam di jirat

Bekas orang kuat DHPP kata, dia keluar DHPP sebab Pas tak mesra bukan Islam. Ini bukan kami yang kata, tapi orang bukan Islam sendiri yang kata.

Kalau kami yang kata, nanti orang Pas kata, memanglah kamu kata begitu sebab kamu sayang bukan Islam lebih daripada sayang Islam.

Oleh kerana kamu benci Pas, kamu katalah Pas tak mesra bukan Islam supaya orang bukan Islam sayang kamu. Kamu suka orang bukan Islam sayang kamu sebab kamu pun sayang bukan Islam lebih daripada Islam.

Tapi apabila orang bukan Islam yang kata begitu, Pas tak boleh nak kata kami suka orang bukan Islam benci Pas, supaya orang bukan Islam suka kami pula.

Pas tak boleh nak kata kami sayang bukan Islam lebih daripada Islam sebab orang bukan Islam sendiri yang kata Pas tak mesra bukan Islam.

Ini masalah persepsi orang bukan Islam terhadap Pas, bukan masalah kami suka bukan Islam lebih daripada suka Islam.

Kami semenjak dulu sayangkan Islam. Sebab itu kami tubuhkan Amanah sebab Pas telah merosakkan nama baik Islam melalui tindakan jual beli agama.

Sebagai manusia, kami sayang orang bukan Islam seperti biasa. Sebagai orang Islam, tentulah kami sayang orang Islam tidak berbelah bagi, bahkan lebih daripada manusia lain.

Bolehkah sayang orang bukan Islam? Mengapa tak boleh pula? Anjing yang tak boleh sentuh sebarangan pun kena sayang, inikan pula manusia.

Orang Pas sebenarnya tak sayang orang Islam. Kak Wan orang Islam, tapi nak tanam di jirat. Sayang apa macam tu? Orang Pas yang doa laknatkan orang Islam. Itu kira sayangkah?

Berapa banyak imam orang Amanah yang orang Pas tak ikut. Sayang? Berapa banyak orang Pas yang anti vaksin, padahal vaksin adalah ikhtiar untuk selamatkan nyawa orang Islam. Sayangkah begitu?

Sebab itu, tak perlu salahkan pihak lain jika Islam tidak dihormati kerana perangai orang Pas sendiri yang merosakkan nama baik Islam pada pandangan umum.

Eh, banyak pula aku ratib Pas dalam ni. Tapi okaylah, aku ratib Pas lebih baik daripada orang Pas ratib Dap. Tak gitu?

Sumber:

COMMENTS

Wordpress (0)