Orang lain pening kepala, brader ni kata kesan sampingan vaksin AstraZeneca buatnya jadi lapar

Orang lain pening kepala, brader ni kata kesan sampingan vaksin AstraZeneca buatnya jadi lapar

Selepas kena cucuk AstraZeneca tadi pagi, doktor tu cakap akan ada kesan sampingan dalam tempoh 4 hari hingga ke 4 bulan. Antaranya sakit kepala, lenguh badan, demam dan kalau ada bengkak di kaki kemungkinan ada darah bergumpal(blood clot). Ok tak apa aku cakap. Aku yakin aku sihat. Tak pernah ada masalah-masalah kesihatan seperti darah bergumpal sebelum ni.

Selepas dicucuk, kami dibiarkan selama 15 minit di pusat vaksin untuk dipantau sekiranya ada kesan segera. Untuk sesetengah kelompok(spt warga tua) ada yang kena tunggu 30 minit. Syukur sepanjang aku tunggu 15 minit tak ada orang yang jatuh pengsan atau ada kesan sampingan yang serius. Lepas tu aku masih tak rasa apa-apa. Tak rasa pening, loya, nak pitam, sakit bahu semua tak ada.

Cuma lepas aku balik ke rumah, dalam pukul 1.30 begitu aku agak rasa lemah badan. Macam sedikit penat dan mengantuk. Jadi aku tidur sekejap seqodar ibadah. Bangun tidur aku rasa segar. Masih tak ada apa-apa lagi kesan sampingan. Alhamdulillah. Aku sempat lagi jalan kaki ulang alik pergi beli barang buka puasa. Tak ada yang berbeza.

Lepas berbuka puasa pun aku masih ok. Steady lagi konon sampai aku rasa betul ka doktor tadi cucuk aku..haha..sebab ada dengar kawan-kawan lain sakit bahu, pening-pening. Cuma yang aku rasa lepas buka puasa tu aku masih lapar! Hahaha

Lepas Isyak tadi barulah aku rasa macam seram sejuk sikit. Ada satu meeting lagi tadi. Masa meeting tadi rasa lapar tu datang balik. Kepala aku mula berat dah. Badan mula sakit-sakit sikit dan rasa sejuk sampai aku terpaksa pakai jaket. Kipas aku buka speed 1. Pinggang mula sakit sikit. Dan rasa lapar balik! Aku nak tidur tapi lapar ni tak boleh bawa bincang. Terpaksa la aku beli makanan jugak.

Jadi sebagai kesimpulan, kesan sampingan paling teruk aku rasa hari ni adalah lapar yang berpanjangan..hahaha..makan roti, minum susu pun masih lapar lagi bah. Gila betul.

Kita tunggu hari esok pula macam mana keadaan. Doakan aku kawan-kawan. Semoga kita terhindar dari wabak ini. Semoga semua orang termasuk golongan terpinggir seperti anak-anak tanpa dokumen dan tanpa negara juga dapat vaksin ini. Kita perlu keluar bersama-sama. Seorang tumpas adalah kegagalan kita semua.

Sumber :