Onani dalam kedai serbaneka, lelaki diburu Polis

sindiket

Onani dalam kedai serbaneka, lelaki diburu Polis. Polis sedang mengesan seorang lelaki yang bertindak melakukan onani dalam kedai serbaneka dalam kejadian pada Selasa (10 Ogos) lalu

Perbuatan suspek terbabit turut dirakam menerusi kamera litar tertutup yang terdapat dalam kedai serbaneka berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, terdahulu, pengadu yang juga pekerja kedai berusia 17 tahun itu telah didatangi suspek pada jam 8 malam.

Katanya, suspek yang dikenali pengadu itu datang membeli barangan sambil berbual mengenai kondom.

“Suspek kemudian ke bahagian rak yang menempatkan tisu sebelum dilihat melakukan onani.

“Terkejut dengan kelakuan suspek, pengadu kemudian bersembunyi di bilik stor bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

 kedai serbaneka

Menurut Kamarul Rizal, suspek kemudian beredar dari premis berkenaan kira-kira 30 minit kemudian.

Bimbang dengan kejadian itu, pengadu membuat laporan di balai polis berhampiran, semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Terdahulu, video mengenai kejadian berkenaan yang berdurasi 1.13 minit itu turut tular di media sosial dan mendapat kecaman netizen.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/741538/aksi-lucah-dalam-kedai-serbaneka

BACA: Panas !!! PM hilang majoriti, Agong tidak perlu dengar nasihatnya lagi – Pakar