Omicron : Dos penggalak akan beri perlindungan lebih tinggi

Dos penggalak akan beri perlindungan lebih tinggi.Dos penggalak akan terus memberi perlindungan tinggi kepada pesakit Covid-19 varian Omicron daripada mendapat komplikasi teruk terutama bagi golongan dewasa dan warga emas.

Menurut Pengerusi Program Imunisasi Covid-19 United Kingdom, Wei Shen Limm, buat masa ini belum ada keperluan untuk mendapatkan suntikan keempat.

Kira-kira tiga bulan lalu selepas dos penggalak mula diberikan, perlindungan vaksin terhadap warga emas 65 tahun ke atas adalah setinggi 90 peratus.

Data itu katanya sekaligus menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan dos ketiga itu.

Namun perlindungan terhadap simptom ringan sekiranya dijangkiti sedikit rendah berbanding simptom teruk dengan penurunan 30 peratus selepas tiga bulan.

BACA JUGA :

Rakyat perlu siap sedia hadapi kenaikan harga ayam, telur selepas 4 Februari – Menteri
Kes harian Covid-19 dijangka mampu cecah 30,000 kes sehari – KJ
Penjelasan isu saham oleh Azam Baki disambut baik oleh PAS

Artikel ini disiarkan pada 08/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)