“No Anwar, No Dap”, akhirnya Anwar Musa teruk kena hentam di Facebooknya

No Anwar

“No Anwar, No Dap”, akhirnya Anwar Musa teruk kena hentam di Facebooknya.Rayuan Tan Sri Annuar Musa agar semua pihak berlapang dada dan menerima tawaran Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin ditempelak oleh rakan-rakan beliau sendiri menerusi facebook.

Bahkan mereka menyekolahkan beliau yang sebelum ini kencang dengan kempen ‘No Anwar, No DAP’.

Annuar melalui Facebooknya malam tadi berkata, “…tawaran jalan keluar menerusi pelan transformation bersifat bipartisan dan inklusif serta fokus kepada pemulihan nasional seperti di ketengahkan YAB PM, adalah satu bentuk pemikiran luar kotak yang wajar di renungi.

“Pendekatan ini mungkin boleh membawa kepada satu reset dan pembudayaan politik matang yg baru,” tulis Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Azwa Ismail, ketika membalas tulisan Annuar itu berkata, “Akhirnya Tan Sri boleh terima DAP dan Anwar.”

“Xperlu buat surat sokongan hantar kat Agong, takperlu buat rakaman suara pangilan Tan Sri sindir presiden nak buat jajaran baru dengan DAP n PKR, PM yang Tan Sri cakap berfikir di luar kotak, ajak DAP n PKR join kerajaan dan tukar nama bipartisan tan sri boleh pulak..

No Anwar

“Aduh.. mana prinsip takmahu bersama dengan PH-DAP? MP Pas boleh ke join dengan Amanah??DAP?? MP Umno yang xpernah join DAP, boleh bekerjasama??

“Fuhh.. level tinggi ni.. demi rakyat yer.. ok2.. demi rakyat… ulang lagi ayat tu.. yang dapat gula2 tadi kat MP jer lebih.. hahahah.”

Seorang lagi rakan Annuar, Mohd Hafiez berkata, “Agak2 Tan Sri buat corner leper ker kalau segelintir dari pembangkang yakni DAP dan PKR kembali sokong PM..

“Dulu duk ratib no DAP no PKR..sebab tu jangan agresif sangat serang parti sendiri…lorat nak gi mana gak…saye ke Tan Sri…

“Ada karisma untuk pegang portfolio menteri…tapi so (satu) jah…mudoh tebolah (gabra atau cepat melenting)…”

Beliau meminta Annuar agar setia kepada parti.

“Ermm..setia dan ada pendirian dalam diri tu penting…buke jenis angin tiup siikit..gak caro nak melaye ke lain ..ermm,” tulis Mohd Hafiez lagi dalam loghat Kelantan.

Faszeli Pokley pula menyerang Annuar kerana memperlekehkan Presiden Umno sebelum ini.

“Nampak nya apa yang Tan Sri cakap pasal presiden UMNO semua nya tak betul.. Nampak nya bersatu yang nak buat jajaran baru.. Tahniah lah kerana berjaya merosakan institusi Umno dengan pelbagai cara, rakaman suara lah,” katanya.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/akhirnya-annuar-musa-disekolahkan-oleh-rakan-rakan-facebooknya-sendiri/

BACA: Gempar !!! Muhyiddin dilapor akan menghadap Agong hari ini?