Netizen terpaku dengar Joey menyanyi, ingat boleh melawak je

Netizen terpaku dengar Joey menyanyi, ingat boleh melawak je. ” Siyes suara Joey sedap.. please masukkan Joey ni dalam Gegar Vaganza musim akan datang yee..”

Itu antara komen diberikan warganet yang kagum dengan kemantapan vokal Joey Daud menyanyikan sebuah lagu yang disiarkan oleh Astr0Gempak sebelum konsert Gegar Vaganza baru-baru ini.

Umum mengenali Joey sebagai seorang pelakon yang banyak membawakan watak-watak komedi seperti Hantu Bonceng 2.0, Manap Karaoke dan Kampung Pisang.

Netizen terpaku dengar Joey menyanyi, ingat boleh melawak je

Namun bagi peminat yang membesar pada era milenium pastinya tidak tahu bahawa Joey juga sebenarnya cukup berbakat sebagai seorang penyanyi.

Disebalik karektor beliau yang bersahaja dan ‘giler-giler’, pasti ramai tak sangka dengan kebolehan Joey menyanyi sekiranya dia betul-betul menunjukkan bakatnya itu. Boleh bikin ‘cair’ sesiapa sahaja yang mendengarnya

Menyanyikan lagu berjudul ‘Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja’ nyanyian asal oleh Judika, ramai yang tidak sangka suami kepada bekas anggota Elite, Watie itu mampu menyanyi dengan baik.

” Joey artis pertama Luncai Emas milik M. Nasir..bukan biasa2 dia ni..kurang glamor dalam bidang nyanyian tetapi berbakat besar… tapi kalau melawak… kelakar tahap puaka!!!hahahaa” tulis seorang ntizen bernama Hanip.

” Pelukis, pemuzik, penyanyi, pelawak, pelakon, Joey sapu habis dia punya bakat tu. Harap dia akan jadi pengarah pula satu hari nanti. Saya sangat gemar dengan vokal dan lakonan lawak dia” tulis Izhar.

Di bawah ini vdeo lama nyanyian Joey Daud, lagu bertajuk Untuk Siapa Kecewa Ini.

Hasilkan album bersama M. Nasir

Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud sebeum ini mengakui kurang bernasib baik untuk meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian selepas beberapa ins1den buruk berlaku terhadapnya.

Menurut Joey, walaupun masih mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang itu dia memberitahu tidak mahu terlalu berharap kerana bimbang terpaksa berhadapan dengan cabaran yang akhirnya mengundang kekecewaan.

” Saya pernah menghasilkan album bersama Datuk M. Nasir. Walaupun ia adalah karya yang bagus tetapi pelbagai msaIah dan kntroversi timbul sehingga ia senyap begitu sahaja.

” Malah ketika melancarkan sebuah album di Indonesia pada tahun 1999 saya sekali lagi kcewa apabila bangunan syarikat rakaman di Jakarta terbkar dan menyebabkan aktiviti promosi tergendala walaupun album berkenaan telah terjual sebanyak 600 ribu unit di Indonesia.

” Saya masih menaruh harapan untuk kembali menyanyi dan yakin dapat diterima peminat cuma bimbang akan timbul pelbagai msaIah seolah-olah ia satu badi buat diri saya,” katanya.

Joey yang pernah popular dengan lagu Beradu Suratan turut mengakui dia kini lebih dikenali sebagai pelakon terutama di kalangan peminat-peminat baru.

Info menarik tentang Joey

Joey pernah menganggotai band muzik yang ditubuhkan di Johor Kumpulan Mistaken Identity yang banyak beraksi di majlis perkahwinan.

Bakat vokal beliau telah dikenalpasti ketika Mistaken Identity menyertai pertandingan ala Battle of The Band yang mana juri semasa itu adalah kenalan rapat kepada Datuk M.Nasir.

Indivitu itu seterusnya mengesyorkan dan membawa Joey berjumpa dengan komposer terkenal itu dan terus ditawarkan sebagai artis solo oleh Datuk M.Nasir.

Selepas membuat perbincangan, Mistaken Identity bersetuju melepaskan Joey menjadi artis solo di bawah bimbingan sifu Datuk M.Nasir di bawah label Luncai Emas.

Joey pernah menjadi vokalis Kumpulan Exists selepas vokalis Exists ketika itu, Ezad Lazim keluar dari kumpulan tersebut.

Kariernya sebagai penyanyi dan bernaung dibawah Luncai Emas Sdn Bhd sempat menghasilkan dua album Beradu Suratan pada tahun 1994 dan Joey pada tahun 1996.

Hasil dari lagu-lagunya berjaya menembusi pasaran muzik Indonesia dengan jumlah jualan album sekitar 700,000 unit.

Joey tiga kali berkahwin namun mengalami kegagalan. Beliau akhirnya berkahwin dengan Watie Sadali yang juga bekas aggota Elite pada sekitar tahun 2012.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Joey telah dikurniakan tiga anak berusia 12 hingga 27 tahun, selain dua cucu.

Tonton:

Baca:

Pemuda ini curi-curi baca laporan perubatan ayah, tak sangka ada HIV Aids

Diri sendiri kena hentam teruk di Facebook? Ini 3 fasa yang akan kita hadap…

Terkini : Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual di mahkamah hari ini

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)