Netizen silap! Menteri kanan paling kanan hanya perlu kuarantin 3 hari sahaja, kata Najib

Netizen silap! Menteri kanan paling kanan hanya perlu kuarantin 3 hari sahaja, kata Najib

Saya perhatikan netizens yang tersalah kritik Menteri kanan paling kanan semalam.

4 Mei: Meeting beramai-ramai di UAE. Pulang ke Malaysia selepas mop lantai.

10 Mei (6 hari kemudian): Meeting beramai-ramai di Malaysia untuk hulur peruntukan (rasanya tak ada online transfer atau tak boleh hantar cek kot).

Biarpun varian-varian baru seperti varian afrika selatan, mutasi Brazil dan mutasi UK dikesan di UAE sebab mereka banyak bergantung kepada pekerja dari India serta negara-negara lain.

Biarpun kerajaan PN telah naikkan semula tempoh kuarantin ke 14 hari pada bulan lepas sebab nak elak lagi kemasukan varian baru yang lebih berbahaya.

TAPI… korang sudah lupa ke bahawa kerajaan PN juga pernah wartakan pada awal tahun ini bahawa menteri yang pulang dari luar negara perlu kuarantin 3 hari sahaja.

KP KKM pernah jelaskan selagi menteri naik private dan bukan penerbangan komersial dan selagi jadual kerja mereka tidak melibatkan meeting beramai-ramai di luar negara (eh?), mereka akan diberi kelonggaran untuk kuarantin 3 hari sahaja selepas pulang.
#donebekap

Hanya Najib dan orang biasa je yang kena denda sebab langgar SOP.

Bahaya sebab lupa scan MySejahtera.

Yang pulang dari luar negara dan berpotensi bawa masuk mutasi Covid baru itu tak berbahaya kot.

Perdana Menteri dan menteri-menteri diberi kelonggaran.

Sumber :