Netizen perasan penonton jelita belakang Shuib seiras arwah Siti Sarah.Pentas akhir program ‘MSYH’ menyaksikan anak Allahyarham Mr. Os, iaitu Dewa diangkat sebagai pemenang sekali gus diserap menjadi ahli terbaru kumpulan Sepahtu.
Selain itu, kemunculan Shuib selaku juri undangan di round kedua juga seolah-olah mengubati rindu peminat selain rancak bergurau senda dengan Jep Sepahtu.
Di sebalik kemeriahan rancangan live tersebut, tak semena-mena seorang penonton jelita di belakang Shuib pula jadi tumpuan ramai.
Setiap kali usahawan dan pelawak itu memberi komen kepada para finalis, kelibat wanita berbaju putih berkenaan pasti akan terakam sekali oleh lensa kamera
Paling tak disangka-sangka, netizen yang sempat menyaksikan ‘MSYH’ secara live semalam mendakwa lirikan mata Syazana persis isteri Shuib, iaitu Allahyarhamah Siti Sarah.
Walau bagaimanapun, peminat setia pasangan selebriti itu berharap agar warganet berhati-hati memberi komen agar tidak membandingkan kedua-duanya.
Selesai program tersebut, wanita berkenaan juga sempat bergambar dengan barisan artis yang berada di sana seperti Ramona Zam Zam, Datin Lisa Surihani, Ebby Yus dan ramai lagi.
Seperti semua sedia maklum satu pertandingan lawak yg diberi nama Mencari Sepahtu Yang Hilang adalah untuk mengisi 1 slot di dalam Sepahtu Reunion Live.
Pelbagai individu dan berkumpulan dari seluruh pelusuk negara datang untuk mencuba nasib dan mempertengahkan bakat komedi mereka.
Semalam berakhirlah rancangan tersebut dan pemenangnya adalah dari kumpulan Arteh
Program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021 telah berlangsung selama 8 minggu menampilkan 12 peserta yang terdiri daripada kumpulan, duo dan peserta solo.