Netizen Malaysia lepas kemarahan kepada Glaetzer

Netizen Malaysia lepas kemarahan kepada Glaetzer.

Jika semalam pelumba Britain, Jack Carlin dikecam kerana dikatakan menjadi punca Muhammad Shah Firdaus Sahrom terjatuh pada perlumbaan saringan kedua, hari ini giliran pelumba Australia, Matthew Glaetzer pula menerima kecaman daripada netizen Malaysia.

Segala-galanya kerana jaguh Australia itu dikatakan menjadi punca peluang Datuk Azizulhasni Awang untuk meraih pingat emas pada final acara keirin di Olimpik Tokyo tidak kesampaian.

Ini kerana Glaetzer yang pada satu ketika menduduki tempat kedua dilihat tidak melakukan gerakan untuk mengejar pelumba Britain, Jason Kenny yang melakukan pecutan lebih awal dan akhirnya memenangi pingat emas.

netizen

Ia memerangkap Azizul dan barisan pelumba lain yang berada di belakang Glaetzer sekali gus gagal untuk merapatkan kedudukan dengan Kenny.

Menerusi ruang Instagram pelumba itu, beberapa peminat dari Malaysia mula mengecam Glaetzer dan mempersoalkan apa yang dilakukannya ketika perlumbaan final itu.

“Apa yang awak lakukan?,” tanya seorang peminat dari Malaysia.

Ada juga yang menulis: “Terima kasih kerana tolong Britain dapat emas.

Anip.abas pula berkata: Pasal ko slow sangat la Great Britain menang. Terkial-kial kayuh.

“Namun ada yang berkata segala-galanya adalah mengenai strategi dan tidak perlu untuk menyalahkan Glaetzer.

“Segala-galanya mengenai strategi. Dia (Glaetzer) pun tak jangka Jason akan terus memecut. Bayangkan kalau Matthew cakap kat Datuk Jijoe ‘why your country hit me like this’ (kenapa negara anda mengecam saya seperti ini), malulah kita,” tulis ezzuanaz.

Pada perlumbaan final itu, Azizul meraih perak manakala pelumba Belanda, Harrie Lavreysen gangsa.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2021/08/740000/netizen-kecam-glaetzer-pula-punca-azizul-terlepas-emas

BACA JUGA : Azizulhasni menangis setelah raih pingat perak Olimpik