Netizen kecam Menteri jadi moderator, dah tak ada kerja agaknya

Tindakan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah menjadi moderator dalam satu forum bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd Harun dipersoal warga maya.

Rata-rata menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada masa ini ‘syok sendiri’ apabila seorang ahli Parlimen mengambil alih tugas moderator yang mengajukan soalan sesama menteri.

“Kerajaan syok sendiri. Daripada berdebat di parlimen, seorang menteri sedang mengatur forum. Tidak ada akauntabiliti, tidak ada ketelusan, tidak ada,” kritik seorang pengguna Twitter.

Malam tadi, Saifuddin menjadi moderator dalam forum kendalian KKMM bertajuk “Temu Minda: Kebajikan Rakyat Dalam Cabaran Covid-19” yang turut disiar secara langsung menerusi Facebook rasmi Ahli Parlimen Indera Mahkota itu.

Selain Rina yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), seorang lagi ahli panel ialah pakar pengurusan pelaburan dan kewangan dalam pembangunan wanita, Datuk Jamelah Jamaluddin.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/kerajaan-pn-syok-sendiri-netizen-kecam-saifuddin-jadi-moderator-soal-menteri/