Nelydia dan suami dipuji ‘humble’ dan tak menunjuk romantik. Sempena ulangtahun suami tercinta, pelakon Nelydia Senrose nampaknya membuat kejutan menghadiahkan sebuah skuter jenis, Vespa kepada suaminya, Mohd Hafez Halimi.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Nelydia di laman sosial miliknya, Hafiz kelihatan terkejut dan teruja menerima hadiah tersebut terutamanya apabila ia dalah pemberian dari isteri tercinta.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton lebih 400,000 tontonan dan meraih lebih 300,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut aktres berkenaan memuji sikap merendah diri yang dipamerkan Nelydia malah, beliau juga dikatakan tidak ‘over’ memperlihtakan kemesraannya bersama suami di media sosial.
Untuk info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.
@nelydiaroseHappy birthday my whole wide world
BACA:
Deepavali: KPM umum cuti tambahan 2 hari kepada sekolah
Perkongsian wanita jelajah Eropah DIY selama 3 minggu raih perhatian, siap kongsi tips
Aksi Jebat cabut taugeh jadi perhatian, netizen puji ‘multitask betul!’