Nelayan terkejut jumpa botol arak dalam perut ikan

Nelayan terkejut jumpa botol arak dalam perut ikan

Nelayan terkejut jumpa botol arak dalam perut ikan

Seorang nelayan di Amerika Syarikat terkejut apabila menemui botol arak dalam perut seekor ikan yang ditangkapnya di Westport Charters, lapor laman berita Daily Star semalam.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, nelayan yang memperkenalkan dirinya sebagai Jason itu dilihat menaikkan seekor ikan besar. Dia meletakkan ikan tersebut di atas s sebuah meja di dalam bot nelayannya.

Dia kemudian membelah perut ikan itu, namun terkejut apabila menemui sebotol arak jenis wiski yang masih penuh di dalam perut haiwan tersebut.

Dia kemudian menjerit ‘jackpot’ sebelum menunjukkan botol tersebut ke arah kamera dan berpura-pura meminumnya.

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mengaguminya dan ada juga yang mempersoalkan kebenaran di sebaliknya.

“Mengapa saya tidak pernah menangkap ikan sebegini?,” soal seorang netizen di ruangan komen.

“Mereka (nelayan lain) tidak nampak terkejut. Saya yakin botol arak itu telah diletakkan ke dalam perut ikan itu sebelum video ini dirakam,” tulis seorang netizen lain.

Pemilik video tersebut bagaimanpun menegaskan bahawa video itu adalah benar.

Seorang nelayan pada 2019 pernah menemui sejumlah wang kertas dalam perut seekor ikan yang ditangkapnya

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/06/26/netizen-sangsi-botol-arak-dalam-perut-ikan/