Aksi geletek ikan, nelayan dikecam muatnaik video TikTok

Aksi geletek ikan, nelayan dikecam muatnaik video TikTok

Seorang nelayan Amerika Syarikat yang memuat naik video aksi geletek ikan di TikTok baru-baru ini dikecam netizen kerana menyebabkan ikan itu berada dalam keadaan tertekan, lapor akbar Daily Mail kelmarin.

Jeffrey Dader, 29, keluar bekerja untuk menangkap udang karang di Cape Cod Bay, Massachusetts tanpa sengaja telah menangkap seekor ikan bersama-sama udang karangnya.

aksi geletek ikan

Dia kemudian memuat naik video bertajuk ‘Bagaimana cara untuk menggeletek ikan’ sebelum memakai sarung tangan tebal dan menggeletek ikan itu.

Dalam video tersebut, kelihatan mulut ikan itu membentuk seperti senyuman namun penonton yang berang dengan tindakan Dader berkata ikan itu sebenarnya sedang terkapai-kapai untuk bernafas.

“Ia menceriakan hari saya. Ikan tersebut mempunyai wajah yang gembira dan kelihatan seperti seorang bayi.

“Selepas saya menggeleteknya, saya melepaskan semula ikan itu ke dalam laut,” kata Dader.

Video tersebut sudah ditonton sehingga 114 juta kali dengan 13 juta tanda suka.

Pengkritik berkata dua titik yang nampak seperti mata ikan itu sebenarnya merupakan lubang hidungnya dan di bawahnya pula adalah insang ikan itu.

“Ini sangat tidak berperikemanusiaan. Sangat menyedihkan apabila haiwan dilayan begini hanya untuk mendapatkan jumlah tontonan dan sukaan yang banyak,” tulis seorang netizen.

“Jelas kelihatan bahawa ikan itu sedang tertekan,” tulis seorang lagi netizen.

Dader bagaimanapun berkata bahawa dia tidak menyakitkan ikan tersebut dan melepaskannya semula ke dalam laut.

@mafishguyNothing to see here….just ##tickling a ##fish and making him ##laugh♬ original sound – Fishing Guy

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/06/19/netizen-kecam-aksi-nelayan-geletek-ikan/