Nekad !!! Sanggup rempuh kereta polis

Sanggup rempuh kereta polis, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan demi menyelamatkan diri selepas kenderaan dirempuh sebuah lori yang dinaiki dua lelaki dalam kejadian di Kampung Belat, Kubur Panjang, Pendang, pagi tadi.

Kejadian berlaku pada jam 5.45 pagi apabila dua lelaki yang menaiki lori cuba melarikan diri sebaik menyedari kenderaan mereka diekori polis.

Ketua Polis Kedah, Kamarul Zaman Mamat berkata, lori itu diekori polis dari Gerik, Perak sebelum menghala ke Baling dan ke Sik, kemudiannya ke Pendang.

“Sebaik tiba di lokasi, pemandunya bertindak melanggar kenderaan polis menyebabkan anggota terpaksa melepaskan tembakan.

Nekad !!! Sanggup rempuh kereta polis

“Kedua-dua suspek lelaki berusia 25 dan 28 tahun akhirnya ditahan. Ujian saringan air kencing mendapati, kedua-duanya positif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman berkata, pemeriksaan terhadap lori berkenaan mendapati kenderaan itu dilaporkan hilang di Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Polis kemudian menjalankan pemeriksaan dan menemui 0.34g ketulan dan serbuk kristal disyaki syabu.

“Siasatan lanjut juga mendapati mereka mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (Akta 574).

“Selain itu, kes juga disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu cubaan bunuh dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu memiliki dadah.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, manakala bagi memiliki dadah boleh dihukum sehingga tiga tahun penjara atau denda sehingga RM5,000,” katanya.

Baca Juga : Tular video JPJ ‘escort’ lori balak di Kelantan, ini sebenarnya yang berlaku
Gara-gara penyewa melombong bitcoin, pemilik premis didenda RM695,000
Mokthar Senik dakwa ada ‘arahan’ larang jemputnya bagi pengisian program parti

Artikel ini disiarkan pada 05/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)