Negeri fasa 2,3 PPN masih catat kadar kebolehjangkitan melebihi purata

Lengkap

Negeri fasa 2,3 PPN masih catat kadar kebolehjangkitan melebihi purata. Sebanyak sembilan negeri masih mencatatkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 melebihi purata, iaitu 1.07 setakat semalam, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan data dan infografik dikongsikan beliau di Twitter, nilai R-naught (R0) keseluruhan semalam adalah sebanyak 1.07, mencatatkan sedikit penurunan daripada 1.08 sehari sebelumnya.

Sembilan negeri berkenaan ialah Sabah (1.17), Pulau Pinang (1.14), Johor (1.12), Kelantan (1.25), Kedah (1.13), Pahang dan Sarawak (masing-masing 1.11), Perak (1.15), dan Terengganu (1.19).

Negeri

Manakala tujuh negeri dan wilayah lain berada pada paras di bawah 1.07, iaitu Selangor, Melaka, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Perlis.

Kali terakhir nilai R0 berada di bawah 1.0 adalah pada 7 April, manakala kadar tertinggi 1.21 dicatatkan 23 Mei lalu.

Nilai R0 merujuk tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/09/9-negeri-masih-catat-kadar-kebolehjangkitan-covid-19-melebihi-purata-kata-hisham/

BACA: Panas !!! Ini pula alasan Khairy bila Umno arah letak jawatan