Neelofa punya pasal, habis orang lain susah – Hattan

Neelofa punya pasal, habis orang lain susah – Hattan

Penyanyi Datuk Hattan kecewa dengan sikap artis, selebriti dan instafamos yang salah guna kebenaran rentas negeri yang dibenarkan oleh pihak polis.

Dalam satu video, Hattan yang bercakap menggunakan loghat Negeri Sembilan kelihatan begitu geram dengan sikap artis yang tidak bertanggungjawab itu.

Katanya, amaran keras yang dikeluarkan pihak polis itu berpunca daripada sikap artis sendiri yang suka menunjuk-nunjuk aktiviti mereka di media sosial.

“Ini apa punca ni…adalah sikap selebriti, instafamous yang sebenar.

“Engkau dah dapat kebenaran …mana engkau nak melingkup engkau punya pasal.

“Bila dah dapat kebenaran itu pandai-pandailah jaga, engkau pergi upload semua benda (gambar) sebab apa?

“Inilah jadinya sikap mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya yang beberapa kali mengucap dan kesal dengan sikap artis ini.

Bahkan beliau meminta artis supaya berfikiran secara waras bahawa dengan sikap mereka itu akan menyusahkan orang lain apatah lagi Ramadan sudah dekat dan hari raya bakal tiba nanti.

“Cuba fikir…fikir secara waras, suka menunjuk-nunjuk…kesianlah semua orang…Ramadan dan dekat…raya pun…silap-silap raya pun tak boleh balik kampung puncanya benda-benda bangang macam nilah.

“Cuba fikir secara waras….berhentilah perasan wahai instafamous, selebriti…orang lain pun popular juga,” luah Hattan.

Isu salah guna kebenaran rentas negeri oleh artis dan selebriti hari ini mengundang kecaman rakyat dan netizen sehingga ada yang menyalahkan pihak polis seolah-olah berlaku dua darjat.

Lebih teruk lagi, selepas artis dan usahawan muda terkenal Neelofa dan suaminya telah menggunakan kebenaran rentas negeri untuk berbulan madu di Langkawi.

Apatah lagi tindakan Neelofa memuat naik video rakaman dan beberapa gambar beliau bersama suaminya bersiar-siar ketika di sana menyebabkan netizen mempertikaikan tujuan sebenar beliau ke sana kononya atas urusan kerja.

Kini, satu notis yang terpampang di pintu sebuah balai polis di Cheras, Kuala Lumpur sebagai peringatan lisan yang diberikan kepada anggota polis.

Di mana, anggota polis yang bertugas lebih berhati-hati ketika memproses permohonan perjalanan rentas negeri orang ramai.

Notis yang tular antara lain menyebut: “ekoran isu instafamous, celebrity dan artis yang salah guna kebenaran yang diberi PDRM.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lawak_jintoncit (@lawak_jintoncit)

Difahamkan bahawa notis itu merujuk kepada insiden baru-baru ini di mana beberapa selebriti menimbulkan kontroversi susulan gambar aktiviti mereka beriadah ketika melakukan perjalanan ke negeri laina atas alasan bekerja.

Berita penuh :https://malaysiadateline.com/kerana-neelofa-semua-orang-susah-kata-hattan/