Nazri adalah ‘biawak’ sepanjang zaman – Puad

SD

Menyinga betul Nazri pada Najib. Tergamak dia maki Najib dengan ayat lucah tersebut. Kenapa hilang akal bila nak tunjuk sokong PM? Baca.

https://www.thevibes.com/articles/news/37484/you-bloody-liars-nazri

Kalau ya pun mahu pusing 360 darjah dan mengampu Muhyiddin janganlah sampai keluar kata kata lucah seperti itu. Melampau.

Tetapi itulah Nazri. Dia rasa dirinya saja yang betul. Padahal dia adalah “liability” (biawak) sepanjang zaman.

Dia ada pun tidak menambah sokongan. Mengurangkan sudah pasti.

SD nazri

Teringat masa dia jadi Menteri jaga Parlimen. Dia benarkan Namewe masuk Parlimen pakai seluar jeans. “Dressing code” masuk Parlimen berubah kerana dia.

Namewee Pemuda Cina yang mengubah lagu Negaraku kepada “Negara Kuku”. Memang biadap.

Bukan itu sahaja. Nazri bantu Namewee dapat geran RM 1 Juta dari Kementerian Kesenian untuk buat filem “Nasi Lemak”. Namewee tidak berubah pun selepas itu.

Mula mula Nazri dakwa ada 25 MP UMNO tulis surat kepada YDP Agong sokong Hishamuddin sebagai juru cakap mereka. Ada kata mungkin calon TPM.

Kemudian dia umum 40 MP BN sokong PN. Dia marah Najib ulas pasal PC Ismail Sabri, yang dakwa 31 MP BN sokong PM. Kenapa marah? Sampai hambur kata kesat.

Dari segi matematik, angka 31 itu pun tidak tepat. 15 MP UMNO tarik sokongan. Maka 42-15= 27. Kalau tolak 4 MP parti komponan, MP UMNO yang sokong PM hanya 23 sahaja.

Elok Nazri terus berihat di luar negara. Tetapi beritahu isteri, jangan tayang gambar seronok di luar negara dalam Instagram. Rakyat dalam negara tengah susah. Malukan UMNO.

Artikel asal DISINI

 

BACA JUGA :

Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin perlu dipertahan – Sanusi

MT Umno umum letak jawatan dalam UMS

Zahid masih ada sokongan akar umbi, cuma hilang sokongan MP