Nasruddin mahu Yadim jadi gerakan pertahan akidah, tapi membisu isu wanita kahwin di India

Nasruddin

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim) yang juga AJK Pas Pusat, Nasrudin Hassan diserang oleh para netizen apabila berkata “Yadim akan perhebatkan gerakan pertahan aqidah ummat melalui dakwah dan program pengukuhan aqidah.”

Di dalam ruangan komen terhadap posting beliau itu, penuh dengan kata-kata sindiran terhadap beliau berikutan kes anak saudara seorang menteri wanita dari Johor yang berkahwin dengan ketua pasukan hoki India berketurunan Sikh.

Gambar keratan laporan yang digunakan untuk menyerang Nasrudin Hassan.

 

Nizam Toha menulis, “Akidah (isteri) pemain hoki terbela di zaman PN”. Ia dipercayai ditujukan kepada kes wanita Malaysia dari Johor yang berkahwin dengan pemain hoki India berbangsa Sikh itu.

Shamsul Effendey pula menulis, “Itu je???? Xde demo² dah ke?”. Beliau dipercayai menyindir tindakan Nasrudin dan Pas sebelum ini yang mengadakan pelbagai demonstrasi kononnya untuk mempertahankan akidah Islam tetapi selepas menjadi kerajaan yang berkuasa, ia sudah tidak ada lagi.

Fareez Kezam pula mengulas, “Ejas buat himpunan padang merbok ustaz. Ana nak pegi jual baju. Dah lama tak cedok ni.”

Fareez dipercayai menyindir Nasruddin yang sebelum ini menganjurkan perhimpunan menyokong Rang Undang-undang 355 RUU355) di Padang Merbok dengan mencetak baju-T dengan banyak tetapi selepas menjadi kerajaan dan Menteri Undang-undang dari Pas, RUU355 sudah senyap entah ke mana.

Ad Irwan pula menulis, “Din, ulas sikit isu gadis melayu sedara mara menteri Umno yang kawen dengan lelaki Sikh tu..kira murtad ke macam mana tuh?? Xcukup kuat dakwah tu Din sapa ada hok murtad secara terang terangan doh..”

Mohd Muhammad menulis “ejas molek2 bende ni, kalau perlu tipu orang kampung berhimpun balik kat Padang Merbok buat je din.. nampk sikit buat kerje” sambil menyiarkan gambar perkahwinan ketua pasukan hoki India itu.

Tengas Bara Tengas menulis, “Apa tindakan yadim dlm isu ni? Sebab apa yg aku nampak sepatah haram pun tak buat statement berkaitan isu ni..” sambil menyiarkan gambar perkahwinan itu.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/netizen-serang-nasrudin-bila-kata-mahu-pertahan-akidah-ummah/

COMMENTS

Wordpress (0)