- Kami rafa’kan syukur kepada-Nya atas nikmat dan kurnia yang tidak terhingga.
- Nasihat khas ini saya tujukan kepada rakan dan ikhwah yang menghadiri Ijtima’ Tabligh di Masjid Seri Petaling pada 28 Februari – 1 Mac yang lalu.
- Saya mengambil cakna dan amat prihatin akan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Tambahan pula, saya baru sahaja sembah menghadap Baginda sebelum solat Jumaat dan itulah yang ditekankannya.
- Justeru, pergilah ke hospital atau klinik kesihatan yang berdekatan untuk menjalani pemeriksaan.
- Semoga wabak COVID-19 berarak pergi dan sinar kegembiraan dengan nikmat kesihatan singgah berlabuh ke bumi Malaysia.
- Saudaraku, saya amat sayang kepada anda semua yang sentiasa memikirkan nasib ummah.
YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)