Nasib Pusat Tuisyen pasca pemansuhan UPSR

Nasib Pusat Tuisyen pasca pemansuhan UPSR

Kelas tuisyen adalah kelas bersaiz kecil utk tambahan aspek kemahiran, socioemotional dan psychosocial murid-murid atau sesiapa sahaja.

Aku dulu hantar Nine tuisyen English communication, sekali seminggu, mula2 dgn Lorna Whiston (boleh Google sendiri) yang hanya dia seorang murid Melayu, yang lain Cina.

Kemudian aku hantar ke Dengkil, majoriti murid India pula. Aku mahu Nine yang bersekolah dgn rakan2 Melayunya di Bangi dapat eksperience bergaul dgn kaum lain, sambil menaikkan keyakinan berbahasa Inggeris, sebab dia introvert skit, dgn awekpun takut (macam ayah dia).

Tuisyen adalah kelas tambahan utk kemahiran, termasuk kelas berenang yang Nine ikuti. Jadi, tiada masaalah kelas tuisyen utk terus wujud, asalkan bertujuan untuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran masa depan anak-anak. Aku juga pernah hantar Nine ke kelas buat kek… sebagai exposure.. kekok semacam je aku tengok Nine.

Bagi ibubapa yang kurang berkemampuan, kemahiran asas yang dibekalkan disekolah pada ‘teori’ sudah memadai. Boleh sahaja tambah kemahiran anak-anak dgn melibatkan mereka dgn aktiviti yang ibubapa sendiri lakukan… termasuk di dapor.

Kalau di kampung, banyak aktiviti spt memancing, menanam sepokok dua boleh dilakukan oleh anak… tak semestinya ke kelas tuisyen yang mengenakan bayaran.

Kalau yang duduk tepi ‘air’ … kelas berenang adalah free !

Namun kelas tuisyen yang iklankan ‘Kejayaan dalam UPSR’ terpaksalah turun banner tersebut dan terokai pendekatan baru yang lebih menarik serta kreatif untuk anak-anak sekolah rendah ikuti.

Kumon subur di Msia kerana kita nak anak-anak latih tubi dalam Maths dan skor A, wpun falsafah sebenarnya adalah untuk independent learning. Begitu juga EyeLevel yang membawa pendekatan sedikit berbeza dengan Kumon.

Jika kita hantar anak ke tuisyen dgn matlamat dapat skor terbaik… perlahan2 lah menukar mentaliti ini supaya anak cucu kita nanti di sekolah rendah belajar kerana ia keperluan kemahiran masa depan..

Sumber: