Nasib ada jiran baik hati,pasangan warga emas pekak dan bisu ini akhirnya berjaya disuntik vaksin

Nasib ada jiran baik hati,pasangan warga emas pekak dan bisu ini akhirnya berjaya disuntik vaksin

Usaha murni seorang wanita yang membantu jirannya, Sim Hooi Hong, 80, warga emas yang juga orang kelainan upaya pekak dan busi mendapatkan suntikan vaksin di KPJ Seremban di sini harus diberikan pujian.

Tang Ngar Kwun, 49, berkata, menjadi tanggungjawabnya sebagai jiran untuk membantu warga emas itu memandangkan anak-anaknya tinggal di Johor.

“Pasangan warga emas ini iaitu Uncle Sim (Sim Hooi Hong) dan isterinya mengalami masalah pekak dan bisu dan mereka tinggal berdua sahaja di Taman Layang-Layang, Seremban.

“Saya memang rapat dengan mereka dan semalam anak-anaknya ada menghubungi saya dan meminta tolong untuk menghantar Uncle Sim ke Hospital KPJ Seremban untuk mendapatkan suntikan vaksin,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Hooi Hong merupakan salah seorang daripada 100 penerima suntikan vaksin Sinovac yang terpillih untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19 di Hospital KPJ Seremban yang dilantik sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hosital KPJ Seremban, Mohamad Sofian Ismail berkata, sebagai menyahut seruan kerajaan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsan, Hospital KPJ Seremban telah dipilih sebagai PPV iaitu salah sebuah fasiliti kesihatan yang menyediakan suntikan vaksin kepada penerima yang layak.

“KPJ Healthcare serta rangkaian hospital di KPJ Seremban menyeru agar semua warga Malaysia yang berkelayakan untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19.

“Sebagai PPV yang dilantik, KPJ Seremban bersedia untuk memastikan vaksinasi dapat diberikan kepada penerima yang layak berdasarkan pemilihan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui pendaftaran di aplikasi MySejahtera atau Vaksincovid.gov.my,” katanya

Berita Penuh :https://www.utusan.com.my/berita/2021/05/jiran-bantu-warga-emas-pekak-bisu-suntik-vaksin/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jiran-bantu-warga-emas-pekak-bisu-suntik-vaksin