Nasaruddin pun boleh tolong terjemah surat

Nasaruddin pun boleh tolong terjemah surat

Bekas Ketua Penerangan Pas Nasaruddin Hassan secara tak langsung mengesahkan surat dalam bahasa Arab yang diperkatakan kini dikarangi Abdul Hadi Awang. Surat itu katanya bersifat peribadi.

Apabila ia disebar luas dan terbuka, ia tidak lagi bersifat peribadi atau confidential. Suka atau tidak si penulis surat itu kena bertanggungjawab setiap patah yang ditulisnya.

Nasaruddin masih bersikap skaptikal (bimbang) surat itu disalah ertikan, maka beliau anjurkan ia di baca dalam bahasa asal surat itu ditulis, bahasa Arab. Anjuran itu baik, tetapi kurang rasa kebertanggungjawab beliau sebagai pendukung penulis surat itu. Dia sepatutnya tolong bantu menterjemahkan surat itu mengikut “lughrah” bahasa diterima pakai tuan yang menulis.

Dengan cara itu ia akan memberi gambaran lebih tepat lagi. Adapun apabila ditatap surat dalam bahasa Arab itu, perkataan “DAP” tidak ditulis dalam bahasa Arab tetapi dalam huruf latin seperti menggunakan abjad a, b, c.

Perkataan DAP itu sudah tentu tidak dapat diterjemahkan atau diubah melainkan dikekalkan perkataan tersebut. Apapun nama-nama seperti Anwar, Mahathir atau lain-lain boleh diubah menjadi Anwar lain, semisalnya Annuar Musa begitu dengan nama Mahadzir itu boleh ditukar kepada Mahdzir Khalid atau lain-lain.

Saya masih bersangka baik dan berharap surat itu diterjemahkan kerana untuk mempelajari bahasa Arab agak sudah terlewat mata pun dah kabur. Si penulis pun juga sudah dilantik menjadi Duta Khas. Trims.

Sumber :