Nampaknya Pas pilih kuasa dari perjuangan prinsip, tegur blogger Umno

Nampaknya Pas pilih kuasa dari perjuangan prinsip, tegur blogger Umno

Sekarang di mana PAS nak berdiri masa Pru ke 15? Nak pakai logo Perikatan Nasional atau kekal di Muafakat Nasional yang mana masalah kerusi sudah di selesaikan.

Dalam MN khabarnya sudah bersetuju BN tidak bertanding di kawasan PAS, begitu juga PAS. Kedua parti akan pakai logo masing2 dan tidak akan bertembung satu sama lain.

Sebaliknya jika PAS mahu kekal dengan PN. Sudah pasti masa PrIU ke 15, bagi membuktikan setiakawan. PAS akan menggunakan logo Perikatan Nasional.. Jika pakai logo PAS samalah saperti tidor satu bantal, mimpi lain-lain.

Jika masa PrU ke 15, BN/UMNO tidak lagi bersama PN dalam Kerajaan Campuran. Dan UMNO memutuskan bertanding dimana calon PN bertanding. Terutama kawasan UMNO yang dilarikan oleh opertunist.

Maka UMNO pasti akan bertanding di kawasan PAS bertanding jika menggunakan logo Perikatan Nasional.

Maka jika PAS keluar dari MN, akan memberi makna PAS memilih kuasa dari kepentingan agama itu sendiri.

Gambaran yang kita dapat. Bahawa PAS yang tidak ada maruah diri. Jika dulu orang yang sama mengatakan PAS Parti Ajaran Sesat, kini orang yang sama menjadi ketua kepada PAS.

Terserah kepada orang Islam menilanya.

Sang Kelembai.

Sumber :