Nama UK’s atau Ukays jadi perdebatan, mana yang betul?Meskipun berbeza ejaan, kontroversi penggunaan nama kumpulan UK’s belum berakhir apabila vokalisnya, Amir, 53, mendedahkan isu itu memberi kesan kepada kerjaya seninya.
Walaupun pada awalnya mengambil sikap tidak mengambil peduli dan mahu meneruskan kerjaya seni seperti biasa, Amir atau nama sebenarnya, Mohd Azmir Muhammad Yusof terpaksa bersuara kerana bukan sahaja mengelirukan peminat, malah menjejaskan punca rezekinya.
“Apa yang melucukan, mereka apabila buat ‘show’ masih lagi mahu menyanyikan lagu menggunakan suara saya.
“Apabila perkara ini berlaku, ramai peminat rasa tertipu. Pernah ada peminat menghubungi saya bertanyakan apakah saya terbabit dalam persembahan dijayakan di sebuah lokasi disebabkan nama kumpulan.
“Saya terpaksa menjelaskan bukan saya buat persembahan, sebaliknya kumpulan Ukays lain.
“Tak dinafikan, selain mengelirukan peminat, isu nama ini juga menjejaskan punca rezeki kami.
“Saya anggap mereka cuba mengacau pasaran kumpulan asal apabila menerima tawaran membuat persembahan dengan harga murah,” katanya kepada BH Online.
Tambah penyanyi lagu Seksa ini, tindakan menurunkan harga memberi reputasi buruk terhadap kumpulan asal.
“Saya pelik kenapa masih mahu menggunakan nama Ukays, sedangkan mereka bukannya anggota asal.
“Bila kacau pasaran dengan menawarkan harga murah, perbuatan ini menjejaskan nilai dan reputasi dibina sejak berpuluh tahun lalu,” jelas Amir dalam nada kesal.
Terdahulu, Amir menjayakan Konsert Lagenda Malam Tahun Baharu 2023 di Datum Jelatek, kelmarin.
Menerusi acara berdurasi lebih tiga jam itu, penyanyi bersuara lantang ini menyampaikan empat lagu, termasuk lagu popularnya, Bila Diri Disayangi dan Di Sana Menanti Di Sini Menunggu.
Turut menghiburkan pengunjung pusat membeli-belah itu termasuklah Datuk Hattan, Zamani Ibrahim, Fredo, Alina Hassan dan Farazila AJ.
BACA JUGA :
Ibu jalin hubungan sulit dengan menantu sendiri tampil mohon maaf
Kos buat makin mahal, harga rumah dijangka naik mendadak 2023 ini
Zarina mengamuk orang kata operate hidung, ‘merangkak lah cari saya di akhirat!’