Nama tersenarai dalam direktori pegawai Menteri Pas, Dr Kamarul maklum tolak tawaran

Nama tersenarai dalam direktori pegawai Menteri Pas, Dr Kamarul maklum tolak tawaran

Pensyarah di Universiti Utara Malaysia Kamarul Zaman Yusoff berkata beliau tidak akan menerima lantikan sebagai pegawai tugas-tugas khas kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali.

Ditanya berkaitan namanya yang sudah disenaraikan di di direktori kementerian, Kamarul Zaman menyifatkan perkara itu sebagai satu kesilapan.

“Ini satu kesalahan. Saya belum terima (tawaran). Oleh kerana ia jadi isu dan sudah tular, saya akan tulis surat penolakan rasmi kepada menteri berkaitan hari ini.

“Saya tidak akan terima lantikan yang boleh mengkompromi kemampuan saya untuk memberikan komen bebas berkaitan pembangunan politik negara kita,” katanya kepada Malaysiakini.

Ahli akademik sains politik itu berkata tidak bercadang untuk menukar kerjaya.

Berdasarkan surat tawaran yang dilihat Malaysiakini, Khairuddin membuat tawaran itu pada 10 Mac.

Kamarul Zaman berkata beliau menerima surat itu pada 17 Mac, sehari sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula.

Beliau merasakan tiada keperluan mendesak untuk menjawabnya dengan segera pada masa itu.

Kamarul Zaman banyak mengkritik PH dan tulisnya banyak dimuatkan oleh akhbar web rasmi PAS Harakahdaily.

Namanya mencuri perhatian baru-baru ini selepas mengkritik pakar perubatan Dr Musa Nordin dengan mengaitkannya dengan PH.

Ia susulan Dr Musa membangkitkan isu kekurangan pakaian perlindungan diri (PPE) di kalangan pekerja perubatan ketika berdepan Covid-19.

Berita penuh :https://www.malaysiakini.com/news/520884