Nama PM kekal ‘Muhyiddin’ kepada orang ramai dan media,kata pembantu

Nama PM kekal ‘Muhyiddin’ kepada orang ramai dan media,kata pembantu

Memo mengarahkan penggunaan nama “Mahiaddin Md Yasin” bagi semua urusan surat-menyurat dan dokumen rasmi kerajaan tidak memberi kesan ke atas penggunaan nama perdana menteri yang biasa digunakan media dan orang ramai.

“Perdana menteri akan terus dikenali sebagai Muhyiddin Yassin oleh orang awam dan media,” kata seorang pembantu perdana menteri kepada FMT.

FMT dimaklumkan perkara itu adalah susulan arahan pentadbiran Pejabat Perdana Menteri kepada kakitangannya mengarahkan semua urusan surat-menyurat dan dokumen rasmi kerajaan akan menggunakan nama rasmi perdana menteri, iaitu “Mahiaddin Md Yasin” berkuat kuasa serta-merta.

Memo bertarikh 3 Jun itu ditandatangani Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Marzuki Mohamad.

Muhyiddin memasuki gelanggang PRU13 di Parlimen Pagoh atas nama Mahiaddin dan memenangi kerusi itu mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti kukuh, 12,842 undi.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/16/pm-masih-muhyiddin-bagi-orang-ramai-dan-media-kata-pembantu/