Nama kerajaan PN patut dikekalkan, kata pemimpin Bersatu

kerajaan

Nama kerajaan PN patut dikekalkan, kata pemimpin Bersatu. Gabungan wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) yang lebih besar dalam pembentukan kerajaan baharu mewajarkan nama PN itu dikekalkan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, pandangan sesetengah pemimpin agar nama kerajaan baharu ditukar adalah sekadar pendapat peribadi.

Menurutnya, tiada sebab untuk mengubah nama kerajaan baharu sedangkan kerjasama antara gabungan parti dalam PN telah terjalin erat.

“Saya tahu kenyataan daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang berpendapat bahawa nama (PN) perlu ditukar.

“Itu pendapat mereka tetapi secara logik kalau kita lihat hari ini wakil rakyat gabungan PN lebih besar daripada Barisan Nasional (BN).

kerajaan

“Itu cakap-cakap politik, apa yang pasti, kita kekalkan (nama) PN itu sendiri,” katanya ketika meninjau lokasi bencana fenomena kepala air di Kampung Permatang Keramat di sini pada Ahad.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai senarai barisan kabinet baharu bawah kepimpinan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Buat masa ini tak perlu cerita pasal kabinet, terpulang kepada Perdana Menteri untuk membentuk satu kabinet yang boleh menstabilkan keadaan politik untuk kita sama-sama bekerja, yang penting pandemik Covid-19 diuruskan dengan baik dan ekonomi perlu dibangunkan semula,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Maslan mendedahkan pandangannya mengenai kerajaan baharu yang diistilah sebagai bukan ‘kerajaan PN’ sebaliknya ‘kerajaan Malaysia’ yang dianggotai parti BN, PN, Gabungan Parti Sarawak dan Parti Bersatu Sabah.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/157043/BERITA/Politik/Wajar-kekal-nama-kerajaan-PN

BACA: Bakal sertai kabinet Ismail Sabri? Ini jawapan Tengku Zafrul