Nak tukar bateri kereta tapi tak ada duit, tindakan pomen cina pada pasangan tua ini menyentuh jiwa. Sememangnya kita di Malaysia ini sangat bertuah kerana mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan kaya dengan budaya.
“Status ini sekadar perkongsian untuk rakyat Malaysia supaya kita saling membantu tanpa mengira bangsa.
“Saya tidak jangka ia tµlar di laman sosiaI,” itu reaksi Nicky Tan, pemilik kedai bateri di Klang, Selangor selepas membantu suami isteri warga emas yang kekurangan wang ketika menukar bateri kereta Proton Wira di premisnya.
Pengalaman itu kali pertama dilalui selepas mengusahakan kedai terbabit kira-kira lapan tahun lalu membuatkan hatinya tersentuh untuk membantu pasangan Melayu berusia 60-an itu yang tidak mempunyai wang cukup untuk menukar bateri baru.
Menceritakan kisah itu, Nicky berkata, pasangan terbabit tiba di kedainya sekitar 7.30 malam baru-baru ini dan bertanyakan sama ada dia ada menjual bateri terpakai atau tidak.
“Ketika itu kebanyakan kedai semua sudah tutup, hanya kedai saya masih beroperasi. Saya memberitahu bateri terpakai tiada dan mereka bertanyakan harga bateri baru.
“Saya memberitahu harga paling murah RM165 selepas ditukar bateri Iama dan lelaki itu dilihat berbincang dengan isterinya.
“Pada masa sama, mereka menyeluk saku sebelum mengeluarkan wang tunai RM90, baµcer bernilai RM20 serta syiling.
“Hati saya tersentuh melihat situasi ini, apatah lagi sebahagian cat pada kereta mereka tertangg4l selain dinding berlubang manakala ada kesan gam pada radiator. Dalam hati saya tahu mereka bukan orang senang,” katanya.
Nicky berkata, melihat keadaan pasangan terbabit yang terdes4k dan tidak cukup wang, dia memberikan diskaun kepada mereka untuk bateri baru.
Katanya, pasangan itu pada awalnya menoIak kerana bimbang dia kerugian kerana tidak mampu membayar sepenuhnya.
“Saya minta mereka simpan syiling serta not RM10 untuk mengisi petrol pulang ke rumah di Subang manakala baucer itu pula saya simpan dan tidak sesekali akan dibelanja kerana ini kenangan sµkar dilupakan.
“Apabila berhadapan kes seperti ini, saya sebenarnya diuji, sama ada hendak tolong atau tidak.
“Soal bangsa, kita perlu t0lak ke tepi, kita sama-sama hulurkan bantuan.
“Saya pernah melalui situasi ini. Saya tidak kaya, tetapi tidak la sampai berlapar. Apabila kita pernah berhadapan situasi seperti ini, kita akan merasainya,” katanya.
Nicky berkata, setiap manusia diuji dengan pelbagai cara dan dia mengakui terasa bangga apabila melakukan perkara itu dengan penuh keikhlasan.
Tarikh 31 Ogos, negara menyambut Hari Kemerdekaan, semoga kita semua boleh hidup dengan aman damai dan bantu-membantu sesama kita.
BACA:
Padah ikut arahan GPS, lelaki maut di tempat kejadian
Bajet 2023: Ini senarai penuh bantuan yang rakyat akan dapat
Suami minta isteri T20 sponsor dirinya nak nikah lain, ‘tak sedar diri punya jantan!’