Najib pula mohon passport nak ziarah anak bersalin di Singapura

Najib

Najib pula mohon passport nak ziarah anak bersalin di Singapura.Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rayuan, di sini, untuk mendapatkan pasport antarabangsa beliau buat sementara waktu bagi perjalanan ke Singapura.

Bekas Perdana Menteri itu membuat permohonan tersebut selepas isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mendapat kebenaran sementara ke Singapura bagi tempoh sebulan yang membolehkan beliau menemani anaknya yang akan bersalin di negara jiran itu dalam masa terdekat.

Najib memohon untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya yang ditahan ekoran pendakwaan kes rasuah.

Menurut peguam mewakili Najib, Nur Syahirah Hanapiah, permohonan itu akan didengar pada Isnin depan.

Rosmah dibenar ke Singapura pada minggu depan bagi membolehkan beliau melawat anak perempuannya yang dijangka melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubatan pakar di negara itu, dua minggu lagi.

Najib

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan dokumen perjalanannya yang berada dalam simpanan mahkamah selaras dengan prosedur jaminan sejak 2018, dipulangkan hari ini dan dikembalikan pada 6 Disember ini.

Mahkamah bagaimanapun mengeluarkan syarat bahawa isteri bekas Perdana Menteri itu hanya boleh memulakan perjalanan ke Singapura pada 22 Oktober dan pulang ke Malaysia pada atau sebelum 21 November.

Ini bermakna, Rosmah hanya boleh memulakan perjalanan ke negara jiran untuk melawat anak perempuannya, Nooryana Najwa Mohd. Najib, sehari selepas kesnya didengar di hadapan hakim berkenaan.

Rosmah yang memfailkan notis usul permohonan tersebut pada 12 Oktober lalu, merancang perjalanan dari hujung bulan ini sehingga minggu pertama Disember.

Beliau berharap mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia untuk meneruskan perjalanan tanpa sebarang halangan.

Dalam afidavit sokongan yang diikrarkannya, Rosmah menyatakan, Nooryana Najwa kini menetap di Singapura selepas mendirikan rumahtangga dengan warganegara Kazakhstan, Daniyar Kessikbayev.

Menurut Rosmah, anak pertama beliau mempunyai sejarah komplikasi berisiko tinggi sewaktu bersalin anak sulung iaitu pengaliran darah abnormal ke dalam uri janin.

Jelasnya, Nooryana Najwa ketika itu turut mengalami kehilangan air ketuban secara mendadak yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawanya serta bayi dalam kandungan.

Sehubungan itu, Rosmah menyatakan kehadiran beliau di Singapura sangat diperlukan untuk memberikan bantuan fizikal, emosi dan penjagaan dalam tempoh berpantang.

BACA: Ini 7 filem tentang masa hadapan yang menjadi kenyataan

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA: Najib pula mohon passport nak ziarah anak bersalin di Singapura […]