NAJIB LUPA PERNAH SUMPAH LAKNAT DULU

2008, bukankah kamu sudah pun bersumpah laknat di Masjid Guar Perahu bahawa kamu tidak mengenali Altantuya. Mengapa selepas hampir 12 tahun kamu sekali lagi mahu bersumpah? Atau kamu sebenarnya dah lupa kamu pernah bersumpah dahulu.

Begitulah murahnya sumpah laknat hingga dijadikan bahan politik khususnya apabila mahu ianya menjadi bahan doktrin masyarakat melayu yang mudah diperdaya dengan perkara membabitkan agama.

Lihat Saiful Bukhari, Trio Datuk K, dan yang terbaru Najib Razak sekali lagi mahu membuat sumpah laknat. Maka mesejnya mudah, kita jangan mudah percaya dan terpedaya. Naratif politik pasca Malaysia Baru wajib diubah.

Percaya dan yakinlah anak muda tak gemar politik sampah seperti ini. Tuduh sikit sumpah, tergugat sikit main belakang.

Sepatutnya buat ujian poligraf sama baru tahu mereka menipu atau bercakap benar. Serban dan jubah pun boleh menipu apatah lagi yang beli jam mahal hanya untuk memujuk isteri hingga ada yang mati-mati bergadai gelang tangan.

Muhammad Syafiq Azmi

Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Melaka