Najib ingatkan Ismail Sabri agar jangan lakukan kesilapan saat ini

Pertemuan antara Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah untuk memberi cadangan berkaitan keadaan ekonomi semasa ekonomi dan langkah-langkah yang wajar diambil.

Menerusi hantarannya di Facebook, Najib berkata, Ismail Sabri tidak boleh melakukan sebarang kesilapan pada saat ini.

“Terus terang saya kata. Malaysia masih berada dalam krisis malah akan berdepan dengan cabaran lebih besar daripada segi ekonomi, pendapatan dan kebajikan rakyat,” tulisnya di media sosial hari ini.

Najib ingatkan Ismail Sabri agar jangan lakukan kesilapan saat ini

Pertemuan antara Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah untuk memberi cadangan berkaitan keadaan ekonomi semasa ekonomi dan langkah-langkah yang wajar diambil.

Bekas Perdana Menteri keenam itu berkata, daripada sudut makro dan secara menyeluruh, Malaysia dilihat sudah jauh ketinggalan berbanding negara-negara jiran.

“Malaysia tidak lagi mempunyai daya tarikan terhadap pelabur asing serta selepas 2018. Daripada sudut mikro dan melibatkan rakyat pula, ramai tidak ada keyakinan terhadap ekonomi kita, hingga timbul kerisauan terhadap keperluan, pendapatan dan kestabilan pekerjaan masing-masing,” katanya lagi.

Tambah Najib lagi, segala cadangan telah dikemukakan, terpulang kepada Ismail Sabri untuk menentukannya.

“Semoga dimanfaatkan cadangan, strategi dan pengalaman yang ada. Sekarang tiba masa bagi rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Kita tidak mampu gagal lagi. Demi Keluarga Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri turut memuat naik pertemuan bersama Ahli Parlimen Pekan yang vberlangsung selama satu jam bagi membincangkan tentang cabaran ekonomi dalam dan luar negara termasuk strategi mendepani pandemik Covid-19.

Beliau berkata, Najib komited dalam menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama-sama sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/09/07/ismail-sabri-tak-boleh-lakukan-kesilapan-saat-ini-najib/

BACA JUGA : Setelah 20 tahun peristiwa 9/11, segala kepalsuan mula terbongkar