Naifnya pembangkang sekarang….

Naifnya pembangkang sekarang….

Bila Nurul Izzah bangun tadi ketika Menetri bankers buat pengumuman pengeluaran kWSP..Nurul Izzah bangun mencelah menyentuh jaminan soal Nasib kelompok bawahan,Mereka yang ada simpanan bawah 20 ribu..Nasib simpanan masa depan depa..

Nampak tak ? Apa yang Nurul Izzah bangkitkan itu yang aku tulis berulang kali… Cara yang dicadangkan Najib itu adalah langkah Populis, Ia akan memangsakan kelompok bawahan.. Yang dibawah tak dapat Manfaat.. Mungkin Nurul Izzah baru sedari semua ini..Tetapi sudah terlambat..

Itu sejak awal aku minta PH perkenalkan model Pakej Rangsangan sendiri mengikut model german dan Singapura..Ia lebih bersasar.. Ia penyelesaian kepada EKonomi yang tepat.. Malangnya kita terikut kut dengan langkah Populis Najib.. Itu tak betul..

Seperti aku kata, Peruntukan BPN 2.0 itu sendiri dapat menyelesaikan masalah rakyat dibawah.. tanpa perlu mereka keluarkan duit simpanan KWSP mereka.. Kalau RM 3 Billion saja sudah cukup 300 ribu kelompok bawahan dapat Manfaat Geran perniagaan RM 10 ribu setiap orang… apalagi kalau disesuaikan dengan Pakej kedua Prihatin 2.0 bernilai RM 10 Billion..

Bukan aku tak setuju pengeluaran KWSP..yang ada simpanan banyak, Mampu silakan keluar..Tetapi bagaimaan model penyelesaian rakyat dibawah.. Akhirnya kita terpaksa berpusing pusing dengan apa yang dimahukan Najib.. Kita sendiri terperangkap… Aku dah ingatkan..Yg Popular Najib.. Aku kritik ini kepada PH, Termasuk DAP..

Kenapa kita perlukan Model Sendiri..? Kenapa kita perlu buat tawaran.. Sebab kita perlu mengolah Persetujuan Rakyat..Sebagai contoh, Apa perlu ikut Najib keluarkan KWSP jika yg dibuang kerja..penjaja Kecil Kerajaan PH boleh bagi RM 10 ribu secara percuma.. Disitu rakyat akan Pilih tawaran PH..Atas sebab itu kita mahu tolak Belanjawan..

Kenapa kita nak tolak Belanjawan..? Sebab kita nak laksanakan tawaran kita sendiri.. Model Bantuan Kerajaan PH sendiri.. Itu sebab aku cadangkan PH bentangkan Belanjawan Alternatif untuk pacu IKS dan PKS..Dan membantu kelompok bawahan yg kesusahan.. ia lebih bersasar.. Kalau PH tolak, rakyat faham.. sebab apa ..sebab kerajaan PH nak bagi lebih baik..

Jadi kalau kita nak ikut model Kerajaan PN dan Najib.. Tak perlu lah ada impian nak tubuh Kerajaan.. Jadi lah macam PAS dulu.. jadi Pembangkang yang matang dan Sejahtera.. jadi tak payah berpusing pusing kata kita nak kembalikan Kerajaan PH.. Kalau takda sokongan..Cakap jer kita tak cukup Sokongan… Senang..

Tu sebab aku kata Pentingnya Kerajaan PH bersatu..buat tawaran kepada Rakyat.. Kalau kita berpusing pusing mengharapkan undi UMNO..cara PN dan UMNO.. Inilah yang terjadi… Saat akhir baru sedar kelompok bawahan tak dapat Manfaat..

Seolah olah kita masih letak kepercayaan kepada kerajaan Tebuk atap..naifnya..Esok Bila rakyat kena tipu.. PH akan tetap dipertanggung jawab kan.. Kalau takda Sokongan Mengaku jer takda Sokongan..Takdalah jadi mangsa penipuan Scammer terbesar Najib Razak.. 🙂

Ipohmali

Sumber :