Nadir Al Nuri dan Caprice dihubungi Polis untuk ambil keterangan

Polis giat berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice secara dalam talian untuk menentukan tarikh sesuai merakam keterangan mereka.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, tindakan merakam percakapan itu dibuat berhubung laporan dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew yang mendakwa difitnah beberapa individu menerusi media sosial, berkaitan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.

“Kami giat berhubung dengan dua individu berkenaan untuk mencari tarikh sesuai dan ambil keterangan mereka secara dalam talian.

Ramai DM Caprice minta maaf, penjelasan Nadir Al-Nuri buka mata kisah Ebit Lew di Gaza - “Allah bantu terangkan bagi pihak" - Sensasi | mStar

NADIR (kanan) dan Caprice bakal diambil keterangan dalam masa terdekat.

“Tindakan dan arahan lain berkaitan kes itu sudah diambil termasuk laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membabitkan kenyataan di media sosial,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 22 Julai lalu, Ebit dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam keterangan berkaitan isu terbabit.

Sebelum ini, pendakwah terkenal itu dipetik menafikan dakwaan Muhammad Nadir yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala yang berpangkalan di Mesir untuk memasuki Gaza.

Ebit turut menyifatkan dakwaan dibangkitkan Ketua Pegawai CGM itu sebagai fitnah melampau.

Pembantu peribadi Ebit, Arief Farhan pula dikatakan mempersoalkan tindakan Caprice yang disifatkan mencemar nama baik pendakwah itu.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/740973/polis-hubungi-nadir-caprice-tentukan-tarikh-rakam-keterangan

BACA JUGA : Panas !!! Sijil vaksin palsu dilapor mula dijual dalam talian