Nabila Razali akui terkilan rakan sendiri kecam dirinya. Penyanyi Nabila Razali mengakui terkilan apabila rakan industri sendiri menyindir dirinya tidak boleh menyanyi secara live ketika muncul di sebuah program realiti televisyen baru- baru ini.
Menurut Nabila atau nama sebenar, Nur Nabila Mohd Razali, 31, dia terkejut apabila kecaman itu datang daripada rakan seindustri yang mencari ‘makan’ melalui cara yang sama.
“Saya dah maafkan sesiapa yang berkata sedemikian.
“Bagi saya ia bukanlah satu perkara besar cuma
waktu itu agak terkejut sebab datang daripada rakan dalam industri sendiri, dari periuk nasi yang sama.
“But then again saya dah maafkan sesiapa pun and it’s time to move on, saya tak nak panjangkan topik ini.
“Saya harap lepas ini berjaga-jaga dalam berkata-kata,” katanya kepada MH.
Nabila ditemui pada majlis pelancaran single duet terbaharunya bersama Khai Bahar, Selagi Ku Ada yang diadakan di Dadi Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, Nabila mengatakan sebagai public figure, seseorang itu perlu menjaga kata-kata serta tingkah laku kerana menjadi contoh dan idola kepada ramai orang.
“Bagi saya, public figure ni menjadi contoh, ikon dan bila orang yang mengidolakan mereka tengok buat macam tu, (peminat akan rasa) it’s okay to say that.
“Public figure kena tunjuk contoh yang baik, apa yang bagus dan yang tak bagus. Bukannya kita (pun) sama naik mengecam.
“Bagi saya, kerja kecam-mengecam tu bagi netizen sahajalah yang buat tapi bukan orang yang dalam industri.
“Ada bezanya kenapa kita jadi public figure, netizen menjadi netizen,” kata Nabila lagi.
Terdahulu, pelawak Atu Zero telah menyindir Nabila tidak boleh menyanyi secara live menerusi program The Masked Singer Malaysia baru-baru ini.
Bagaimanapun, Atu telah memohon maaf secara peribadi kepada penyanyi berkenaan.
BACA JUGA :
Bank dunia laung amaran ekonomi meleset dalam waktu terdekat
Gadis berhijab selamba tonggang arak jadi perhatian
Sharon Liew yang apikan perkauman di media sosial rupanya seorang lelaki melayu