Muzik Video unsur LGBT : Aliff Syukri tiba di bangunan SKMM beri keterangan

Muzik Video unsur LGBT : Aliff Syukri tiba di bangunan SKMM beri keterangan.Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Cyberjaya bagi membantu siasatan berkaitan klip video muzik sempena Aidilfitri.

Beliau yang berkot kelabu dan berseluar hitam tiba pada jam 9.58 pagi.

Aliff yang diiringi dua individu bagaimanapun terus memasuki pekarangan bangunan SKMM.

“Maaf ye saya kena masuk ke dalam,” katanya.

Beliau diminta hadir ke SKMM bagi memberikan keterangan dan merakam keterangan berhubung klip video muzik sempena Aidilfiti yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Semalam Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, satu kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung video berkenaan.

Klip video raya itu yang memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut mencetuskan pelbagai reaksi kerana dikatakan kurang sesuai untuk tontonan masyarakat, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.
TONTON :

BACA:

Zarina Anjoulie tampil pertahan peguam Hafidzah, anggap Ammar Alfian tak kenang budi

Baki KWSP terkini: Ini cara semak tanpa guna i-Akaun

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • […] Muzik Video unsur LGBT : Aliff Syukri tiba di bangunan SKMM beri keterangan […]