MUSTAHIL TAK TAHU

Telah direkodkan oleh mahkamah, dalam sesi pebicaraan melibatkan kes mantan perdana menteri Najib Razak sebanyak 46 kali perkataan “tak tahu” diungkap oleh beliau.

Pada perbicaraan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, Najib sekali lagi mengulangi patah ayat yang sama apabila ditanya tentang RM32 juta yang masuk kedalam akaun peribadinya.

Apakah Najib Razak mahu membuktikan bahawa apa yang berlaku diluar batas pengetahuannya? Adakah ianya untuk menampakkan beliau seorang yang tidak bersalah secara persepsi dimata penyokongnya?

Mustahil!

Coklat yang hilang dari peti ais dirumahnya pun dia tahu siapa yang punya angkara ketika pihak berkuasa PDRM menyerbu kediamannya, apatah lagi puluhan juta Ringgit Malaysia masuk kedalam akaunnya.

Muhammad Syafiq Azmi

Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Melaka