Musang King dan Musang Berbulu Ayam

Musang King dan Musang Berbulu Ayam

Ada pulak yg hanya hantar mesej inbox tanya, pasal musang king kat Raub. Dia hantar video polis dijerkah dan ayat “ustaz Setuju ke?” Maka saya pun tulislah jawapan balas padanya. Saya sharelah jawapan tu kat sini…

Memang kita marah melihat penjawat awam di jerkah. Insya Allah, ada undang-undang untuk penganggu penjawat awam. Ada akta tanah yang akan menghukum penceroboh. Ada undang-undang untuk si perentas negeri. Semua akan ditegakkan.

Cuma kita hanya dapat sekeping dari kepingan kepingan puzzle… Maka kita hanya nampak “Musang King”.

Carilah kepingan-kepingan puzzle yg lain dan cantumkan… Cantuman puzzle yg sempurna akan keluar “Musang berbulu Ayam.”

Kepingan Puzzle yg belum ditemui.

1. 20 tahun lalu mereka teroka tanah hutan. (mesti ada jaminan sehingga mereka berani tanam dlm skala yg besar) Siapa?
2. Dulu kawasan itu penuh dengan balak. Mana pergi semua balak tu? Syarikat Mana?
3. Puluhan tahun berlalu sehingga berjaya menjadi ladang Musang King, digazet sebagai kawasan pelancongan. Raub pula di angkat sebagai Bandar Musang king.
4. Syarikat Royal Durian masuk mohon pajak dan kerajaan lulus. 100 % melayu kah dalam Royal Durian.

Saya sangat marah bila ratusan ekar tanah diceroboh.. Tapi saya lebih marah kerana urusan pencerobohan itu berlaku di bawah meja dan di atas meja, malah dengan meja sekali dah tergadai.

Suhaimi Md Saad
Dalam penjara Rumah (Kuarantin)
7 July 2021.

Sumber :

BACA JUGA : Panas !!! Ahli Parlimen Umno beri amaran kepada Zahid