Mural wanita ‘bogel’ kini dah pakai baju

Tertarik dan terpanggil juga nk tulis isu berkaitan lukisan mural yg tak berapa nk shenonoh di ART Sasaran Sungai Buloh walaupun lukisan perempuan tu dah dipakaikan baju yg pd sy Agak sheksi jugalah..

Dimana sensitiviti pelukis pd saat itu apakah beliau tdk terfikir bahawa lukisan mural itu akan menjadi viral dan menyentuh sensitiviti masyarakat setempat disini..

Yes saya bersetuju seni itu indah dan memerlukan kreativiti yg tinggi untk menghasilkan lukisan yg cantik tp kan mak oiiii tinggi nau imaginasi kamu wahai pelukis.. Cuba lukis mural aktiviti masyarakat setempat disini kan lbh Bagus dan lbh manis ini baru dikatakan mempromosikan tmpat & aktiviti menarik yg ada di Kuala Selangor..

Jap nk tanya sikit janji sikit tak banyak kihkihkih.. Motip perempuan pegang tangan bertiga yg sebelumnya tak berbaju kini dah berbaju sheksi tu sebenarnya apa ehh?? Penat gak mikir nih..

Maklum dl zaman² sekolah lukisan x prnh siap hahahaha yg tlg lukis pn ada lukisan sy zaman sekolah dulu.. Ampun la cikgu² lukisan zaman sekolah ku ajer peel anak murid mu ini sebegini..

Ehhh tapi cikgu x prnh ajar jugak lukis org biar bogel dulu pastu baru pakai baju hahahaha… Alahai apa pun dibulan Ramadhan yg penuh keberkatan dan kemulian ini diharap isu ini dpt diselesaikan dgn cara baik & berkhemah ehhh salah berhemah..

Seni itu indah jangan dicemari dgn bnda yg x sepatutnya nk sangat lukisan sebegitu boleh je tp lukis dan abadikan mural sebegitu diruang peribadi anda haaa gitew..

Ehhh mahap la andai ada kebiadaban kata² cm nk pesan maruah perempuan bukan untk dipijak-pijak ingatlah isteri, anak, ibu, nenek kita juga seorang perempuan yg selayaknya untk kita hormati dan kita jaga maruah mereka..

Saling hormat-menghormati akan menjadikan kita kaum yg sentiasa bertoleransi diantara satu yg lain…

Pd pelukis anggap apa jua teguran dr semua sebagai 1 ingatan dan teguran positif yg membina..

Mohon maaf atas segala salah dan bicara.. Jika mampu untk berdamai mengapa memilih untk bersengketa kita 1 Malaysia.. We are Malaysian..

Berita Penuh :http://asamboi.net/mural-wanita-bogel-kini-dah-pakai-baju-seksi-tak-sejuk-ke/

COMMENTS

Wordpress (0)