Mulianya hati abang colek yang kena kompaun RM50k

Mulianya hati abang colek yang kena kompaun RM50k

Salam kasih sayang daripada Parti Amanah Negara

Mewakili Parti Amanah Negara menyampaikan sumbangan kepada keluarga penjual colek yang dikompaun Rm50 000.

Disebalik kisah mereka dikompaun rupa-rupanya ada kemuliaan yang ramai tidak ketahui. Ketua keluarga tersebut bukan sahaja berniaga untuk menyara keluarganya, bahkan kakak iparnya yang sakit dan anak yatim turut ditanggungnya.

Mereka tidak pernah meminta simpati hanya bercakap jujur jika mereka didenda Rm50 000 maka ke penjara sahaja jalan yang mereka mampu pilih.

Kami daripada Parti Amanah telah berjanji tidak akan membenarkan walau satu saat keluarga ini dipenjara.

Mereka juga tidak pernah menyalahkan pihak polis. Tersebarnya mereka memasang lagu yang kuat hingga mengganggu jiran satu fitnah jahat yang perlu dihentikan.

Terima kasih Yb Mohamad Sabu, Yb Salahuddin Ayub & Yb Khalid Samad atas sumbangan. Saya menyerahkan sumbangan sebanyak Rm1500 tanda simpati dan empati kepada keluarga tersebut.

Ini juga sebagai tanda persaudaraan dan rahmah Pimpinan Amanah Nasional. Walau jauh di mata, walau terpisah kerana darurat dan pkp namun gagasan kami adalah rahmah.

Hentikanlah menyebar fitnah kepada semua mereka yang dikompaun Rm50 000. Mereka tidak pernah menyalahkan polis.

Mereka hanya terkejut dikenakan kompaun Rm50 000. Janganlah tukar rasa simpati anda dengan kebencian hanya kerana ciptaan fitnah mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: