“Mula-mula aku pun pelik dengan perangai mak, selalunya dah tua suka cucu datang raya tapi mak aku tak suka, lama-lama baru aku faham”

Oleh AHMAD SULAIMAN

Assalamualaikum dan selamat hari raya buat semua pembaca. Aku anak bongsu dan ada abang 6 orang, kakak sorang.

Memandangkan aku je yang tak kahwin lagi, aku je yang selalu dengan mak sebab aku dapat belajar dekat dengan rumah tapi aku duk hostel jugak.

Mak aku selalu cerita dekat aku..Alkisahnya, apa yang aku dengar dari mak aku, mak aku ni macam tak suka sangat anak – anak dia balik ramai – ramai masa raya.

Untuk pengetahuan korang, anak sedare aku dah berbelas orang, semua budak – budak lagi.

Yang paling besar pon baru sekolah rendah, yang baby pon ramai.

"Mula-mula aku pun pelik dengan perangai mak, selalunya dah tua suka cucu datang raya tapi mak aku tak suka, lama-lama baru aku faham"

Jadi korang boleh bayangkan rumah aku masa raye macam mane. Mula – mula aku pon pelik dengan per4ngai mak aku.

Ye la, selalunya dah tua – tua ni atok nenek akan suka bila Hari Raya, cucu – cucu datang ziarah, meriah.

Tapi lama – lama aku paham sebab aku pon rase geram jugak kadang – kadang. Semua yang balik tu macam terlalu berg4ntung dengan mak aku. Kalau mak aku tak masak, memang kebulur la semua orang dalam rumah tu.

Jadi, aku je yang tak kahwin lagi, mak aku selalu suruh aku buat itu ini. Aku bukan nak mengeluh ke apa tapi aku geram. Kebanyakan diorang tak bawak pon kelengkapan mandi atau tidur sebab dah tahu dekat rumah ni, semua benda ada.

Tak kisah pon kalau nak guna tapi aku kesian kat mak aku. Nanti bila diorang semua dah balik rumah masing – masing, diorang tinggal je benda – benda yang dorang gune tu macam duduk hotel. Jadi, memang kena kutip dan basuh semua.

Banyak giIer kot, kadang – kadang tu sampai 2, 3 kali masuk mesin basuh. Kalau aku takde atau aku ade kelas awal, mak aku yang kena uruskan semua. Mak aku ni ade peny4kit d4rah tinggi dan k3ncing manis. Kadang – kadang tu sampai demam dia buat kerja kemas rumah lepas adik beradik aku balik.

Mak aku jenis yang tak suka tegur sebab takot ade yang g4duh nanti antara adik beradik. Kalau tetamu datang hari raya pon, aku dengan mak yang kelam kabut naik turun tangga. Pastu, dah la kena masak banyak – banyak sebab anak cucu saja dah berapa dah, 20 lebih kot.

Hari tu pon kenduri abang aku, sampai aku demam seminggu. Raya sebelum ni, kawan – kawan aku ada datang beraya, diorang nak tumpang sembahyang kat rumah aku sebab masa tu dah lewat.. Aku tak kisah sebab dah biasa, lagipon bilik kosong ade je.

Lepas kawan aku balik, baru aku perasan, pampers anak – anak buah aku menimbun dekat tandas tu haaa. Aku ni tak tau nak letak muke kat mane, mesti kawan aku geli mase gune tandas tu tadi. Aku tak perasan sebelum ni sebab aku mandi bilik air lain.

Sebab tu la, kalau kawan – kawan aku nak datang, aku kena balik kemas ape yang patot dulu sebelum diorang datang. Kuih dalam balang tu, kalau aku tak topup, kosong la balang tu. Air tumpah pon, bukan nak tolong lap, dengan ratu – ratu semut datang aku rasa.

Kalau takde orang buat air, memang takde manusia nak pergi buat untuk tetamu tu. Satu masalah lagi, dah la malas nak buat air, pastu bila orang sibuk nak hidang kat tetamu, anak – anak dorang jugak yang sibuk mintak – mintak air.

Aku paling tak suka budak – budak buat kacau mase tetamu datang, sebab aku memang dah diajar mak aku mase kecik – kecik dulu. Selagi orang tak bagi, jangan harap la nak rasa air tu. Dipendekkan cerita, kalau mak aku takde, semua orang kebulur, kalau aku takde, rumah tu jadi tongkang pecah.

Jadi, dekat sini aku nak cakap kat semua orang yang nak balik raya tu, tolong sangat – sangat ade common sense tu. Tolong la apa – apa yang patot. Tolong la jangan buat rumah tu macam dekat hotel, tolong sangat – sangat ade rase geli terhadap benda yang kotor.

Tolong jangan buat mak macam bibik. Yang suami tu, kalau dah nampak isteri tak buat kerja, ringankanlah mulut tu nasihat sikit. Aku confess kat sini bukan untuk mengaibkan sesiapa, cuma benda ni la yang boleh aku tegur korang yang dah kahwin atau yang akan kahwin.

Sebab tak nak nanti, ada yang bermasam muka dengan mak mertua atau ipar duai. Kadang – kadang tu, common sense ni takde dalam diri seseorang tu sebab dia tak pernah rasa sebelum ni. Mugkin sebelum ni, semua kerja – kerja rumah, bibik yang buatkan..

Ok, sampai sini je la aku nak bebel. Aku ni bukan baik sangat pon, hanya teguran. Semoga jadi pengajaran untuk semua. Ambil yang baik – baik saje. Doakan saya jadi anak yang solehah dan juga isteri solehah.. In Shaa Allah.. – adik bongsu

Komen Warganet :

Farahiyah Ishak : Hari tu pun borak dengan sorang makcik ni kat masjid. Dia kata anak – anak dia tahun ni semua balik rumah mertua dulu, dia beraya dengan suami danb ada sorang anak bujang lagi tak silap. Aku tanya, tak sunyi ke makcik? Dia relax je jawab, lagiIah makcik suka takde makcik nak pening jaga cucu lah itulah inilah. Ahaha.

Fatimah Adnan : Memang sebilangannya begitu lah. Mereka mengharapkan ibu atau mak mertua yang melakukan kerja – kerja rumah. Alasannya penat bekerja dan penat dok dalam kereta prejalanan pulang ke kampung. Zaman akak dulu dari anak d4ra sampai jadi menantu tak kering tangan dok ceruk dapur memasak dan mengemas. nak melaram pun tak sempat asik dok ceruk dapur.

Cikbye Baizura Rahim : Semak bila ramai sangat ni. Ramai tapi tak membantu. Baik yang siblings tak ramai ni tapi sepakat. Bile ramai mule la masing – masing dok mengharapkan orang lain untuk buat kerja. Balik bawak gaye yang dipertuan agong.

Bini – bini sibuk duduk berkumpul ade puak – puak dari pagi ke petang bersembang. Masa ni la peranan laki masing – masing sound bini tu. Mak nak tegur pun jadi tak kesampaian.

Nanti kalau salah sorang dah berbunyik takut keluar ayat – ayat tak sepatutnye. Jadi kene la faham – faham sendiri yang depa tu balik ke rumah orang bukan rumah tumpangan.

Nurul Huda Mamat : Pesanan ni untuk semua. Yang educated kena pandai bergaul. Saling bekerjasama. Tak semestinya anak bongsu sahaja yang terasa s4kit bila siblings buat macam tu ok. Ipar duai pun boleh terasa kalau adik beradik ipar dia yang pemalas.

Ramai je perempuan zaman sekarang suka mekap je lebih. Yang lain hampeh. Pastu menyusahkan mak ayah dalam tak sedar. Muhasabah diri sendiri ya semua. Semoga kita semua tak tergolong dalam golongan yang selalu meny4kitkan saud4ra kita.

BACA: “Pemalas, culas beri nafkah, kalau ada duit pun habis tah kemana, satu hari ibu tangkap ayah ada hubungan sulit dengan perempuan lain”